Halaman

Ahad, 1 Januari 2012

Tingkatkan Lagi Usaha


Kebiasaannya apabila masuk tahun baru pasti akan ditanya tentang azam baru. Semestinya azam tersebut menggambarkan perkara yang ingin dilakukan dan dicapai pada tahun itu. Azam saya sangatlah banyak tetapi dalam artikel ini saya hanya hendak fokuskan kepada azam terhadap penulisan.

Prestasi menurun yang dulu telah saya ubah dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan beberapa penulisan dari semasa ke semasa. Hasilnya, Alhamdulillah.

Walaupun demikian, saya tidak boleh berasa gembira sangat dan berpuas hati kerana masih terlalu awal untuk menilai sama ada prestasi sudah meningkat. Saya mesti tingkatkan lagi usaha supaya dapat menghasilkan artikel yang terbaik, berkualiti dan bermaklumat serta konsisten.

Sebenarnya timbul rasa kebimbangan dalam hati saya bahawa tidak dapat konsisten dalam bidang ini. Saya bimbang hal ini terjadi seperti sebelum-sebelum ini. Lama menghilang dan menyepi tanpa hasil pena yang baru. Walau bagaimanapun, saya mesti mempunyai perancangan yang rapi dan strategik agar perkara ini tidak berulang lagi dan menghantui fikiran saya.

Pada tahun 2012 ini, saya bercita-cita hendak bergiat lebih aktif lagi dalam bidang penulisan. Di samping itu, saya mesti tingkatkan lagi usaha. Saya mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya segala yang dirancang mencapai kejayaan. Usaha tangga kejayaan!

Oleh itu, langkah-langkah yang perlu saya lakukan ialah banyakkan membaca, menghafal, mencari maklumat dan idea, mengkaji, menganalisis, berfikir dan lain-lain yang dirasakan perlu. Insya-Allah, pada kali ini saya mesti berfikir dengan lebih giat dan aktif lagi untuk mendapatkan idea-idea atau ilham-ilham yang banyak, best-best, kritis, kreatif dan menarik.

Insya-Allah, semua ini akan saya usahakan kerana usaha itu tangga kejayaan. Juga saya mengharapkan doa-doa daripada anda semua agar segala yang diusahakan ini tercapai.

Usaha Tangga Kejayaan!

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!