Jumaat, 3 Oktober 2014
Isnin, 29 September 2014
Keistimewaan Wuquf di Arafah pada Hari Jumaat & Haji Akbar
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، والصلاة والسلام
على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن والاه، وبعد.
Hari Jumaat ialah hari yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam
Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Hari
paling baik yang matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari
itu Adam Alaihissallam diciptakan, pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam
syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan
pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat
menghadap Allah mengharapkan kebaikan, kecuali Allah akan mengabulkan
permintaannya.” [HR. Muslim].
Catatan ringkas ini membincangkan tajuk fadhilat Wuquf pada hari Jumaat.
Wuquf
pada hari Jumaat mempunyai sepuluh keistimewaan berbanding dengan Wuquf pada
hari-hari lain, kerana beberapa sebab/perkara;
Pertama: Kerana berkumpul pada ketika itu dua hari yang merupakan hari yang
paling afdhal. Hari Jumaat yang paling afdhal dalam seminggu dan Hari Arafah yang
paling afdhal dalam setahun.
Kedua: Ianya merupakan hari yang terdapat padanya waktu yang mustajab doa.
Kebanyakan ulama’ mengatakan pada akhir hari selepas asar. Kebanyakan jemaah
haji yang berada di Arafah berdiri berdoa dengan penuh tadarru’,
merendah diri kepada Allah SWT.
Ketiga: Ianya bersamaan dengan hari Rasulullah SAW Wuquf semasa mengerjakan Haji
Wada’.
Keempat: Berkumpulnya semua umat Islam di seluruh dunia mendengar khutbah dan
solat Jumaat. Berbetulan juga dengan jemaah haji sedang berkumpul di Arafah.
Maka terjadilah ijtima’ umat Islam di masjid-masjid mereka dalam keadaan mereka
berdoa dan bertadarru’ yang tidak terjadi pada hari lain.
Kelima: Hari Jumaat merupakan hari raya (mingguan) dan hari Arafah adalah hari
raya bagi jemaah haji yang berada di Arafah, kerana itu mereka tidak disunatkan
berpuasa di Arafah.
Hikmahnya, agar mereka kuat
untuk berdoa dan beribadat di Arafah. Ada juga pendapat yang mengatakan kerana
ianya hari raya bagi ahli Arafah.
Keenam: Bertepatan dengan hari yang Allah SWT sempurnakan Agamanya bagi
hamba-Nya yang beriman dan menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka.
Ketujuh: Ianya bertepatan dengan hari perhimpunan agung, hari Kiamat yang akan
berlaku pada hari Jumaat kelak.
Kelapan: Umat Islam biasanya akan melakukan ketaatan yang banyak pada malam dan
hari Jumaat berbanding pada hari-hari lain. Bahkan ramai kaki maksiat pun yang menghormati
hari Jumaat, mereka mengira sesiapa yang berani membuat maksiat pada hari itu,
Allah SWT akan menyegerakan siksaannya. Ini telah menjadi kefahaman mereka
melalui pengalaman, tidak lain melainkan kerana kebesaran hari Jumaat dan
kemuliaannya di sisi Allah SWT. Maka Allah SWT memilihnya daripada hari yang
lain, maka tidak diragukan lagi Wuquf padanya mempunyai kelebihan daripada
hari-hari lain.
Kesembilan: Bertepatan dengan hari tambahan nikmat bagi ahli Syurga, iaitu hari
yang Allah SWT kumpulkan ahli syurga di Wadi Afyah, diletaknya mimbar dari
lu’lu’ (mutiara), emas, zabarjad dan yaqut di atas pasir kasturi, maka mereka
memandang kepada Tuhan mereka Tabaraka wa Ta’ala. Allah SWT mentajalli (menzahirkan)
kepada mereka dan mereka melihat-Nya. Peristiwa itu juga berlaku pada hari Jumaat.
Apabila
hari Arafah terkena pada hari Jumaat maka bertambahlah kemuliaannya berbanding
dengan hari lain.
Kesepuluh: Allah SWT
menghampiri orang yang sedang berWuquf di Arafah pada petang Arafah, kemudian
berbangga dengan hamba-Nya yang berWuquf kepada malaikat dengan firman-Nya:
{Apa yang mereka mahu? (datang
ke Arafah ini)}. [HR: Muslim]
Aku saksikan kamu (wahai
malaikat) bahawa aku telah mengampuni bagi mereka.} [Lihat Sahih At-Targhib
1154].
Pada petang Arafah
merupakan waktu mustajab doa, tidak ditolak permintaan orang meminta segala
kebaikan, maka ahli Arafah menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan berdoa
dan bertadharru’ merendah diri pada waktu itu.
Allah SWT dekat
dengan hamba-Nya mengandungi dua maksud;
1-
Hampir dengan menerima doa dan
permintaan mereka pada waktu itu.
2-
Hampir dengan makna khas
istimewa untuk mereka yang berwuquf di Arafah, Allah SWT berbangga dengan mereka
kepada Malaikat, maka hati para mukmin yang berwuquf, bertambah kekuatan dan
keyakinan, bertambah iman dan gembira, serta mengharapkan kelebihan dan limpah
kurnia Tuhannya.
Maka sepuluh perkara ini dan selainnya menjadikan Wuquf pada Hari Jumaat lebih baik daripada Wuquf pada hari-hari lain.
Berkata Ibnu
Al-Qayyim rahimahullah:
“Adapun apa yang
tersebar di atas lidah orang awam bahawa, ‘Wuquf pada hari Jumaat menyamai
tujuh puluh dua kali haji’ adalah maklumat yang batil, tidak ada sandaran asal baginya
dari Rasulullah SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat Nabi SAW dan juga
tabi’in, Wallahu a’lam”. [Diringkaskan dari Kitab: Zad al-Ma’aad 1/60-65].
Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu
Hajar rahimahullah:
“Adapun apa yang disebut oleh
Ruzain dalam kitab Jami’ dan dimarfu’kan (kepada Nabi SAW) hadis:
(Sebaik-baik hari yang naik
matahari padanya ialah hari Arafah, jika bertepatan dengan hari Jumaat maka
lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berwuquf pada hari lain.)
Hadis ini aku tidak tahu
kedudukannya, kerana tidak disebut siapakah sahabat yang meriwayatkannya, tidak
disebut pula kitab yang mengeluarkannya, bahkan dimasukkannya pada hadis
al-Muwatta’ yang disebut secara mursal dari Talhah bin Abdullah bin Kuraiz, dan
tambahan tersebut tidak ada sedikit pun dalam kitab-kitab Muwatta’.
Sekiranya hadis ini ada
asalnya, maka kemungkinan maksudnya 70 itu ialah bilangan atau mubalaghah
iaitu menunjukkan kelebihan, kedua-duanya menunjukkan kepada keistimewaannya,
wallahu a’lam”. [Fath al-Bari 8/271]
Berkata Sheikh Al-Mubarakfuri:
“Perhatian, telah masyhur di
kalangan orang awam bahawa apabila Wuquf pada hari Jumaat maka ia adalah Haji
Akbar. Ini tidak ada asal (sandarannya).
Betul Ruzain meriwayatkan dari Talhah:
(….Apabila Wuquf pada hari Jumaat
maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berWuquf pada hari lain.)
Demikian dalam kitab Majma’ Al-Fawaid, hadis ini mursal, dan saya tidak menemui
sanadnya.” [Tuhfah Al-Ahwazi 4/27]
Salah Faham
Tentang Haji Akbar
Ramai
lagi umat Islam yang masih belum faham dan keliru tentang maksud Haji Akbar
(besar).
Bagi
setengah mereka ia adalah apabila hari Wuquf jatuh pada hari Jumaat. Di sini
kita cuba lihat penjelasan tentang maknanya yang sebenar berdasarkan ayat
al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.
Allah
SWT berfirman,
}وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى
النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
وَرَسُولُهُ{
{Pengumuman dari
Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada
hari Haji Akbar, bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang
musyrik…} [At-Taubah: 3]
*Mufassirin (ahli
tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksudkan dengan Haji Akbar, ada yang
mengatakan hari Nahar (hari Idul Adha), ada yang mengatakannya hari Arafah.
Tetapi yang dimaksudkan dengan Haji Akbar di sini adalah Haji yang berlaku pada
tahun ke-9 Hijrah.
Kemudian
dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:
Bahawa
Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu ‘anhu ketika musim haji yang diperintahkan
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam sebelum musim haji Wada’, telah mengutuskan
aku bersama sekumpulan kaum muslim untuk
mengumumkan kepada masyarakat pada hari Nahar (Idul Adha),
bahawa:
لا يحج بعد العام مشرك ولا يطوف بالبيت
عريان
“Selepas
tahun ini, orang musyrik tidak boleh datang haji lagi dan orang yang telanjang
tidak boleh lagi tawaf di Ka’bah.” [HR. Muslim].
Berdasarkan
ayat dan hadis di atas, maka makna hari Haji Akbar adalah hari dimana Abu Bakar
RA bersama kaum muslim yang lain, mengumumkan kepada masyarakat Makkah bahawa
orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji di Ka’bah. Ini menunjukkan bahawa
hari Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha), kerana pengumuman
tersebut dilakukan pada hari Idul Adha.
Imam
An-Nawawi menjelaskan dalam Syarah Sahih Muslim, bahawa Ibnu Syihab mengatakan,
“Humaid bin Abdurrahman mengatakan, Hari Nahar (Idul Adha) adalah hari Haji
Akbar, berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu di atas.”
Kemudian
Imam An-Nawawi menjelaskan lagi,
“Makna perkataan Humaid bin Abdirrahman, firman Allah ‘Pengumuman
dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar,…’ kemudian
penyampaian pengumuman ini dilakukan oleh Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Abu
Hurairah, dan para sahabat RA yang lainnya pada ketika hari Idul Adha, dengan
izin dari Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam.” [Syarah Sahih Muslim, Imam
An-Nawawi, 9:116].
Imam
An-Nawawi juga mengatakan, “Ulama’ berselisih pendapat mengenai apa yang
dimaksudkan hari Haji Akbar. Ada yang mengatakan, hari Arafah. Sementara Imam
Malik, Imam as-Syafi’i, dan majoriti ulama’ berpendapat bahawa Haji Akbar
adalah hari Nahar (Idul Adha).
Sebahagian ulama’ menjelaskan lagi: Dinamakan hari Haji Akbar, untuk
membezakannya dengan haji Asghar (kecil), iaitu umrah.” [Syarah Sahih
Muslim, An-Nawawi, 9:116].
Al-Hafiz
Ibnu Hajar mengatakan, “Ulama’ juga berbeza pendapat tentang makna haji asghar.
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa haji asghar adalah umrah. Ada juga
yang mengatakan, Haji asghar adalah hari Arafah (9 Zulhijah) dan Haji
Akbar adalah Idul Adha’. Kerana pada hari Idul Adha, dilakukan penyempurnaan
amalan manasik haji yang belum dilakukan.” [Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari,
8:321].
Dari
keterangan di atas, dapat kita buat kesimpulan bahawa dinamakan Haji Akbar pada
asasnya adalah untuk membezakannya dengan umrah atau dengan kegiatan haji yang
lain. Bahkan lansung tiada tersebut dan tiada hubungannya dengan Wuquf yang
jatuh pada hari Jumaat.
Disebutkan
dalam Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’ At-Tirmizi:
قد اشتهر بين العوام أن يوم
عرفة إذا وافق يوم الجمعة كان الحج حجا أكبر ولا أصل له
“Telah masyhur di
kalangan masyarakat awam, bahawa hari Arafah, apabila bertepatan dengan hari Jumaat
maka hajinya adalah Haji Akbar. Dan ini adalah pendapat yang tidak ada
asasnya.” [Tuhfatul Ahwazi Syarh
Turmuzi, 4:27]. Wallahu a’lam.
[Lihat: http://www.islamweb.net/fatwa ]
Demikianlah sedikit penjelasan
tentang Fadhilat Wuquf pada hari Jumaat dan istilah yang masyhur “HAJI AKBAR”
menurut huraian para ulama’.
Kita berdoa kepada Allah ‘Azza wa
Jalla agar menganugerahkan kepada jemaah haji semua “Haji Mabrur, Usaha Yang
Diberkati dan Amalan Yang Diterima”.
وصلى الله على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى
آله وصحبه وبارك وسلم.
Akhukum,
AAM.
Makkah 4 Zulhijjah 1435H – 28 Sept 2014
Wuquf pada tahun ini Hari Jumaat, Alhamdulillah
AAM.
Makkah 4 Zulhijjah 1435H – 28 Sept 2014
Wuquf pada tahun ini Hari Jumaat, Alhamdulillah
Sabtu, 27 September 2014
Situasi Masih Tidak Menentu; Pelajar Malaysia Di Yaman Kembali Berlindung di Kedutaan
www.buletinonline.net
Oleh: Wartawan BO
Selepas menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak syiah
houthi, Presiden Yaman masih menyatakan kebimbangan tentang perang
saudara yang mungkin akan tercetus.
Abd
Rabbuh Mansour Hadi berkata, beliau khuatir pertelagahan antara sunni
dan syiah di Negara itu akan membawa bencana yang lebih besar, kerana
syiah masih menduduki beberapa premis utama di ibu Negara Yemen, Sana’a.
Namun begitu, maklumat yang baru diterima lebih ditakuti akan
berlaku, apabila al-Qaeda diberitakan akan membuat pengeboman, bagi
bertindak balas ke atas syiah.
“Di mana-mana sahaja tempat yang orang ramai ada…………di sebalik
al-Qaeda adelah ISIS, Houthi tawan Sana’a sebab kerajaan sekarang tidak
mengambil tindakan langsung (menghalang kemaraan Houthi),” ujar wakil
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Syed Solahuddin al-Idrus.
Seolah-olah ada satu pakatan antara Iran yang mendokong Houthi dan
Amerika serta Saudi, antara kuasa-kuasa luar yang dilihat sebagai pemain
di belakang tabir.
Dan
‘tangan-tangan ghaib’ itu, kata beliau sedang bersatu, bahkan mungkin
yang akan menjadi mangsa adalah Parti Islah, kerana kecenderungan mereka
menyokong Ikhwan al-Muslimin yang kini sedang menghadapi pengharaman
dan sekatan di seluruh dunia Arab.
Situasi yang tidak menentu itu telah memaksa, para pelajar Malaysia
serta para pekerja asing berhati-hati, bahkan mengambil tindakan mencari
tempat perlindungan, walaupun sudah kembali ke kediaman masing-masing,
sejak pemerintah Yemen menandatangani perjanjian dengan pemberontak
Houthi tiga hari lalu.
“Para pelajar alhamdulillah, pihak kedutaan menyediakan sebuah
premis untuk berlindung dan mereka telah pun berpindah sejak semalam,
dan dalam keadaan selamat,” kata beliau yang menghantar teks melalui
aplikasi pesanan ringkas. [Gambar Kiri]
Sehubungan itu, khabar angin yang disebarkan semalam, tidak menjadi
kenyataan apabila para jemaah yang menunaikan solat Jumaat hari ini 26
September, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan.
Semalam,
riuh dikatakan, pihak Houthi akan meletupkan mana-mana masjid yang
terus mendirikan solat Jumaat, menjadi kegusaran penduduk sekitar
Sana’a.
“Walau bagaimanapun jemaah masjid tidak ramai seperti Jumaat yang lepas……Kebiasaannya masjid penuh hingga ke luar……..
“Saat masuk masjid kelihatan ‘gelonggong’ dengan tempat-tempat kosong
tidak seperti Jumaat berjalan seperti biasa……khatib banyak menekankan
bab kematian dan bab afdhal solat berjemaah di masjid,”lapor beliau yang
kini terpaksa menangguhkan pengajian kerana pusat pengajian tinggi
masih ditutup.
Syiah Houthi telah menawan Universiti Iman dan mengawal laluan keluar masuk dari orang ramai. [Gambar kanan bawah]
Manakala tentera Yaman tidak membuat sebarang tindak balas,
menyebabkan majoriti orang ramai mencari perlindungan masing-masing,
sehingga tempoh yang diketahui.
Sumber: http://www.buletinonline.net
Jumaat, 26 September 2014
Syiah Houthi Tak Bagi Umat Islam Sana'a Yaman Buat Solat Jumaat
Jumaah Mubarakah. Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. Pada hari itu diadakan solat jumaat apabila masuk waktu zohor. Solat Jumaat wajib ke atas lelaki muslim yang sudah baligh dan berakal. Sebelum itu khatib akan berkhutbah di atas mimbar kepada jemaah yang hadir.
Jadi, solat jumaat ini mesti dilakukan secara berjemaah. Maka ramailah para muslimin datang ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan tersebut.
Namun demikian, hal sebaliknya berlaku di Sana'a Yaman apabila Syiah Houthi meletak iklan di jalan-jalan melarang umat Islam di sana mengadakan solat jumaat di masjid. Mereka disuruh oleh Houthi solat Jumaat di rumah. Mereka diugut dengan ancaman yang boleh mengorbankan jiwa sekiranya mengadakan solat Jumaat di masjid.
Semangnya Syiah Rafidhah ini tidak buat solat Jumaat. Bagi mereka solat Jumaat tidak wajib. Jadi, mereka merasakan bahawa tidak bersalah dan berdosa jika menghalang golonggan sunni ini untuk mengadakan solat Jumaat di masjid.
Sehubungan dengan itu, umat Islam di Sana'a sangat berhati-hati ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh Houthi. Ada yang menyatakan bahawa ancaman tersebut adalah khabar angin. Apa-apa pun diharapkan agar umat Islam di sana dalam keadaan selamat.
Khamis, 25 September 2014
Pemberontak Houthi Makin Biadab
masuk ke Sana'a
Pemimpin Houthi, Ali Al-Emad mengesahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman Facebook.
"Kami juga memecah masuk ke Ibu Pejabat Satelit Suhail di Sanaa yang dimiliki ahli perniagaan Hameed al-Ahmar," menurut kenyataannya.
Pegawai Kementerian Kesihatan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 200 orang maut manakala 461 yang lain cedera dalam kejadian itu.
Sementara itu, Gabenor Sanaa, Abdelkader Hilal, semalam meletak jawatan atas alasan beliau gagal mengawal keadaan di ibu negara selepas kumpulan Houthi merampas sebuah kereta di pusat pemeriksaan.
Jurucakap Houthi Mohamed Abdel-Salam sebelum ini mengumumkan, mereka akan terus meningkat serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.
Memetik laporan MiddleEastMonitor, beliau menganggap, serangan dilancarkan oleh kumpulannya dalam tempoh lima hari lalu adalah kemenangan buat rakyat Yaman dan mencapai revolusi mereka.
SANA'A - YEMEN. Kumpulan pemberontak Houthi enggan berundur daripada
kawasan yang dikuasai sungguhpun perjanjian damai sedang berkuat kuasa
sejak minggu lalu.
Semalam, kumpulan itu menyerbu kediaman aktivis yang juga penerima
Nobel Keamanan, Tawakkol Karman serta dua lagi kediaman yang dimiliki
seorang penasihat kepada Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi, di
sini.
Pemimpin Houthi, Ali Al-Emad mengesahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman Facebook.
"Kami juga memecah masuk ke Ibu Pejabat Satelit Suhail di Sanaa yang dimiliki ahli perniagaan Hameed al-Ahmar," menurut kenyataannya.
Pegawai Kementerian Kesihatan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 200 orang maut manakala 461 yang lain cedera dalam kejadian itu.
Sementara itu, Gabenor Sanaa, Abdelkader Hilal, semalam meletak jawatan atas alasan beliau gagal mengawal keadaan di ibu negara selepas kumpulan Houthi merampas sebuah kereta di pusat pemeriksaan.
Jurucakap Houthi Mohamed Abdel-Salam sebelum ini mengumumkan, mereka akan terus meningkat serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.
Memetik laporan MiddleEastMonitor, beliau menganggap, serangan dilancarkan oleh kumpulannya dalam tempoh lima hari lalu adalah kemenangan buat rakyat Yaman dan mencapai revolusi mereka.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my
Macam Tak Percaya Kalau Kata Kelantan, Terengganu, Pahang Tiada Minyak
Inilah yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Oleh sebab hendak menafikan hak royalti... hak rakyat maka sanggup mengatakan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak.
Bayangkan setelah mengaut hasil kekayaan bumi ketiga-tiga negeri ini mereka yang berkenaan boleh mudah-mudah menyatakan tiada minyak di negeri-negeri tersebut.
Inilah dinamakan penipuan... pembohongan... pendustaan... dan penyelewangan. Putar belit... putar alam. Apalah salahnya kalau royalti yang sepatutnya menjadi hak mereka diberikan.
Sepatutnya rezeki yang melimpah-ruah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. itu disyukuri. Ini merupakan nikmat-Nya. Sepatutnya ucaplah syukur... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah sebanyak-banyaknya.
Bukannya tamak haloba untuk kepentingan sendiri... untuk terus menjadi kaya-raya sampai bila-bila... dibolot untuk mengenyangkan perut sendiri sampai nak termuntah sehingga tidak mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain... sehingga mengabaikan rakyat yang misikin lagi faqir... sehingga menyatakan Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak.
Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras”. (Ibrahim: 7)
Adakah logik yang selama ini kita tahu Kelantan, Terengganu dan Pahang ada minyak tetapi hari ini ada pihak yang menyatakan Kelantan, Terengganu dan Pahang tiada minyak? Kita orang yang tidak berpendidikan tinggi ini pun boleh fikir.
Syiah Houthi Merompak Universiti Al-Iman
Menurut laman Fb Dr Asma', anak kepada Syeikh Abdul Majid al-Zindani, golongan Syiah Houthi telah merompak apa yang ada dalam Universiti Al-Iman. Sekitar 50 buah bas telah dirompak mereka.
Mereka juga merompak pejabat-pejabat, dewan kuliah, asrama pelajar bujang, asrama pelajar yang sudah berkahwin, juga asrama para masyaikh di sana.
Mereka juga telah merompak rumah Syeikh Abdul Majid al-Zindani, rumah Dr Asma' beserta rumah saudara lelaki dan perempuannya. Mereka juga telah merompak cawangan Universiti Al-Iman di Huth dan juga Amran, dan tiada berita yang melaporkan tentang itu.
Yang menyedihkan ialah apa yang dirompak dari Universiti Al-Iman ialah harta golongan fakir miskin. Dr Asma' menyeru agar harta mereka dikembalikan. Tidak mengapa jika mereka tidak mahu mengembalikan rumah Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan rumah anak-anaknya, tetapi mereka mesti kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut.
Dr Asma' menambah lagi,
"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."
Cc :Usaid Subki
Sumber: https://www.facebook.com/KamiSayangUlama
Keadaan Selepas Universiti Al-Iman Sana'a Yaman Ditawan Syiah Houthi
Berita tentang Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi adalah berita yang sangat menyedihkan. Ketika puak Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman, pihak kerajaan Yaman sedikit pun tidak memberikan bantuan kepada pihak universiti tersebut.
Dilaporkan bahawa Syiah Houthi menyerang Universiti Al-Iman kerana di situ adalah tempat tinggal orang-orang Parti Islah. Dilaporkan juga bahawa universiti tersebut adalah pusat operasi Parti Islah.
Parti Islah adalah Parti Islam yang terkuat dan terbesar di Yaman. Merekalah antara warga yang menghuni Universiti Al-Iman. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani juga tinggal di dalam Universiti Al-Iman. Di situ adalah rumah keduanya. Syeikh Abdul Majid Az-Zindani terpaksa tinggal di Universiti Al-Iman kerana rumah beliau di Daris diserang oleh pihak pemberontak suatu ketika dahulu.
Timbul tanda tanya kenapa Syiah Houthi terus menyerang Universiti Al-Iman dan tidak terus menyerang kerajaan Yaman sedangkan mereka bercita-cita hendak memerintah Yaman?
Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dan pakatan bersama kerajaan Yaman untuk menjatuhkan Parti Islah supaya tidak menang dalam pilihan raya Yaman pada masa akan datang. Kerajaan Yaman mimbang mereka akan kalah dalam pilihan raya yang menyebabkan Yaman akan diperintah oleh Parti Islah dengan mendirikan negara Islam di Yaman.
Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Yaman sendiri adalah pengkhianat kepada Islam. Islam dilihat sebagai ancaman dan akan diperangi habis-habisan oleh musuh-musuh Islam pada sepanjang masa.
Selepas Universiti Al-Iman ditawan oleh Syiah Houthi, semua warga universiti tersebut diarahkan keluar dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya lagi. Segala barang dan harta benda penghuni univesiti tersebut dirompak oleh Syiah Houthi. Kebanyakan harta benda tersebut adalah kepunyaan golongan faqir dan miskin. Ini adalah perkara yang menyedihkan.
Menurut FB Dr Asma', anak kepada Syeikh Abdul Majid Az-Zindani
menyeru agar harta mereka dikembalikan. Tidak mengapa jika mereka tidak
mahu mengembalikan rumah Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan rumah
anak-anaknya, tetapi mereka mesti kembalikan harta golongan fakir miskin
tersebut.
Dr Asma' menambah lagi,
"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."
"Aku hanya akan maafkan kamu di hari perhitungan nanti jika kamu kembalikan harta golongan fakir miskin tersebut."
Inilah yang berlaku ke atas Universiti Al-Iman selepas ditawan oleh Syiah Houthi. Semoga Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dapat mengambil semula Universiti Al-Iman dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t..
Selasa, 23 September 2014
Setiap Detik Bunyi Tembakan
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN, Foto oleh Syed Husain Solahuddin Syed Hassan
23 September 2014
Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kebanyakan pelajar yang berada di republik bergolak itu adalah dalam kalangan mereka yang menyambung pengajian dengan tanggungan sendiri.
Kerajaan Terengganu akan mengarahkan Yayasan Terengganu (YT) mendapatkan maklumat lanjut melalui Wisma Putra untuk mendapatkan kesahihan jumlah sebenar pelajar Terengganu yang berada di negara terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, walaupun tiada pelajar Terengganu direkodkan menyambung pengajian di sana khususnya melalui tanggungan kerajaan negeri, namun pihaknya tetap mengambil inisiatif mengenal pasti pelajar terbabit supaya tindakan lanjut boleh diambil.
“Di bawah kerajaan negeri, tiada pelajar yang dihantar ke Yaman tetapi bagi yang tanggung pengajian sendiri, kita tiada maklumat, tiada data, tiada identiti mereka dan tidak tahu kursus pengajian yang diambil kerana mereka tidak melaporkan kepada kita.
“Apapun kita minta YT bersiap sedia. Kita akan minta YT dapatkan maklumat di Wisma Putra kerana kita tidak boleh kenal pasti secara langsung memandangkan kita juga tiada pegawai di sana,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Berita agensi AFP dalam Sinar Harian semalam melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Yaman mengisytiharkan perintah berkurung di Sana’a susulan pertempuran semakin memuncak antara pemberontak Syiah, Houthi dan tentera Sunni.
Jurucakap kementerian berkata, perintah berkurung itu terpaksa dikuatkuasakan selepas kedua-dua pihak menggunakan senjata berat dalam pertempuran yang kini merebak hingga ke pusat bandar.
Ghazali berkata, data pelajar akan dikumpulkan bagi memudahkan pihaknya bertindak jika sebarang arahan dikeluarkan selepas ini.
“Buat masa ini kita tidak mendapat apa-apa arahan daripada Kementerian Dalam Negeri.
"Kita minta pelajar yang berada di sana juga tidak terlibat dengan aktiviti keganasan dan ibu bapa juga hubungi anak masing-masing minta supaya mereka cari alternatif terbaik untuk pulang ke Malaysia,” katanya.
Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kerajaan negeri tidak menolak kewujudan pelajar Terengganu di kawasan bergolak itu dan sedang memberi perhatian terhadap perkara tersebut.
Dengar dentuman bom
Seorang pelajar Terengganu di Yaman, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan, 23, ketika menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp berkata, dia mendengar dentuman bom dan bunyi tembakan setiap detik.
Walaupun itu pengalaman pertama namun katanya, keadaan itu tidak begitu merisaukan mereka.
“Empat hari lepas, setiap detik bunyi tembakan dan bom. Tidaklah takut sangat. Cuma sedikit gementar.
"Sekarang agak baik setelah dipindahkan ke tempat lebih selamat,” katanya.
Syed Husain yang juga aktivis media dan ahli Kumpulan Aktivis Media Independan (Kami) merupakan pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam, mula menyambung pengajian pada awal tahun ini di Universiti Naseer, di ibu negara Yaman, Sana’a, awal tahun ini.
Menceritakan perkara itu, Syed Husain berkata, keadaan yang mencemaskan beberapa hari lalu menyebabkan semua universiti ditutup termasuk Universiti Naseer.
Dia yang menyewa di Street 30 di Sana’a yang menjadi tempat penempatan pelajar Malaysia berkata, pihak pemberontak turut menyasarkan Universiti Iman yang berada di kawasan sama.
Katanya, ketidakstabilan politik di Yaman berlaku berikutan pihak pemberontak mahu menggulingkan presidennya, Ali Abdullah Soleh.
Minta keluarga jangan bimbang
Lebih membimbangkan apabila dia yang belajar dengan tanggungan sendiri menjelaskan, lapangan terbang turut ditutup sebelum ini kerana jalan menghala ke sana dikatakan turut termasuk dalam zon perang.
Bagaimanapun katanya, dia dan pelajar Malaysia lain berada dalam keadaan selamat di lokasi sementara yang disediakan Kedutaan Malaysia di Sana’a yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari zon perang.
“Kepada keluarga di kampung, diharap jangan bimbang kerana kami di sini selamat tetapi keluarga sudah sedia maklum menerusi media Al-Jazeera,” katanya.
Syed Husain turut menjelaskan, hasrat untuk menyambung kembali pelajaran yang tertangguh tidak pernah luntur dan mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan keadaan di Yaman kembali aman sambil menyifatkan Yaman sebagai bumi iman dan penuh hikmah.
Dalam masa sama, Syed Husain turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) kerana bertungkus-lumus memastikan keadaan pelajar di sana selamat.
KUALA TERENGGANU – Pelajar dari Terengganu merupakan antara warga
Malaysia yang terperangkap dalam peperangan akibat krisis politik yang
melanda Yaman ketika ini.
Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kebanyakan pelajar yang berada di republik bergolak itu adalah dalam kalangan mereka yang menyambung pengajian dengan tanggungan sendiri.
Kerajaan Terengganu akan mengarahkan Yayasan Terengganu (YT) mendapatkan maklumat lanjut melalui Wisma Putra untuk mendapatkan kesahihan jumlah sebenar pelajar Terengganu yang berada di negara terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, walaupun tiada pelajar Terengganu direkodkan menyambung pengajian di sana khususnya melalui tanggungan kerajaan negeri, namun pihaknya tetap mengambil inisiatif mengenal pasti pelajar terbabit supaya tindakan lanjut boleh diambil.
“Di bawah kerajaan negeri, tiada pelajar yang dihantar ke Yaman tetapi bagi yang tanggung pengajian sendiri, kita tiada maklumat, tiada data, tiada identiti mereka dan tidak tahu kursus pengajian yang diambil kerana mereka tidak melaporkan kepada kita.
“Apapun kita minta YT bersiap sedia. Kita akan minta YT dapatkan maklumat di Wisma Putra kerana kita tidak boleh kenal pasti secara langsung memandangkan kita juga tiada pegawai di sana,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Berita agensi AFP dalam Sinar Harian semalam melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Yaman mengisytiharkan perintah berkurung di Sana’a susulan pertempuran semakin memuncak antara pemberontak Syiah, Houthi dan tentera Sunni.
Jurucakap kementerian berkata, perintah berkurung itu terpaksa dikuatkuasakan selepas kedua-dua pihak menggunakan senjata berat dalam pertempuran yang kini merebak hingga ke pusat bandar.
Ghazali berkata, data pelajar akan dikumpulkan bagi memudahkan pihaknya bertindak jika sebarang arahan dikeluarkan selepas ini.
“Buat masa ini kita tidak mendapat apa-apa arahan daripada Kementerian Dalam Negeri.
"Kita minta pelajar yang berada di sana juga tidak terlibat dengan aktiviti keganasan dan ibu bapa juga hubungi anak masing-masing minta supaya mereka cari alternatif terbaik untuk pulang ke Malaysia,” katanya.
Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kerajaan negeri tidak menolak kewujudan pelajar Terengganu di kawasan bergolak itu dan sedang memberi perhatian terhadap perkara tersebut.
Dengar dentuman bom
Seorang pelajar Terengganu di Yaman, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan, 23, ketika menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp berkata, dia mendengar dentuman bom dan bunyi tembakan setiap detik.
Walaupun itu pengalaman pertama namun katanya, keadaan itu tidak begitu merisaukan mereka.
“Empat hari lepas, setiap detik bunyi tembakan dan bom. Tidaklah takut sangat. Cuma sedikit gementar.
"Sekarang agak baik setelah dipindahkan ke tempat lebih selamat,” katanya.
Syed Husain yang juga aktivis media dan ahli Kumpulan Aktivis Media Independan (Kami) merupakan pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam, mula menyambung pengajian pada awal tahun ini di Universiti Naseer, di ibu negara Yaman, Sana’a, awal tahun ini.
Menceritakan perkara itu, Syed Husain berkata, keadaan yang mencemaskan beberapa hari lalu menyebabkan semua universiti ditutup termasuk Universiti Naseer.
Dia yang menyewa di Street 30 di Sana’a yang menjadi tempat penempatan pelajar Malaysia berkata, pihak pemberontak turut menyasarkan Universiti Iman yang berada di kawasan sama.
Katanya, ketidakstabilan politik di Yaman berlaku berikutan pihak pemberontak mahu menggulingkan presidennya, Ali Abdullah Soleh.
Minta keluarga jangan bimbang
Lebih membimbangkan apabila dia yang belajar dengan tanggungan sendiri menjelaskan, lapangan terbang turut ditutup sebelum ini kerana jalan menghala ke sana dikatakan turut termasuk dalam zon perang.
Bagaimanapun katanya, dia dan pelajar Malaysia lain berada dalam keadaan selamat di lokasi sementara yang disediakan Kedutaan Malaysia di Sana’a yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari zon perang.
“Kepada keluarga di kampung, diharap jangan bimbang kerana kami di sini selamat tetapi keluarga sudah sedia maklum menerusi media Al-Jazeera,” katanya.
Syed Husain turut menjelaskan, hasrat untuk menyambung kembali pelajaran yang tertangguh tidak pernah luntur dan mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan keadaan di Yaman kembali aman sambil menyifatkan Yaman sebagai bumi iman dan penuh hikmah.
Dalam masa sama, Syed Husain turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) kerana bertungkus-lumus memastikan keadaan pelajar di sana selamat.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my
Tahniah YB Azmin Hj Ali Menjadi MB Baru Selangor
Tahniah diucapkan kepada YB Azmin Hj Ali
di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan takziah atas taklifan amanah yang berat ini yang mesti dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat.
Ini adalah amanah yang sangat berat yang akan ditanya oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Jadi, pikullah amanah ini dengan sebaik mungkin.
Diharapkan semua pimpinan parti dan ADUN Negeri Selangor yang terlibat memberi restu dan kerjasama dengannya. Diharapkan dengan perlantikan beliau sebagai MB baru dapat menyelesaikan krisis yang cukup meletihkan ini.
Mudah-mudahan selepas ini negeri Selangor bertambah maju dan makmur memandangkan negeri Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia. Jadi, diharapkan pembangunan negeri semakin maju, kebajikan rakyat semakin terjaga, kekayaan hasil negeri diurus dengan jujur dan tiada penyelewangan, dan urus tadbir negeri semakin baik, cekap dan berkesan.
Sesunggungnya, orang yang jujur dan amanah sahaja yang dapat menguruskan harta kekayaan yang diberi dan dipinjamkan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Harta kekayaan itu juga akan diguna dan dibelanjakannya di jalan Allah s.w.t. serta yang diredhai-Nya.
Semoga YB Azmin Hj Ali sentiasa mendapat
pertolongan daripada Allah s.w.t. untuk menggalas amanah yang berat ini. Diharapkan YB Azmin HJ Ali dapat mentadbir, memimpin dan menguruskan negeri Selangor ini dengan baik.
Isnin, 22 September 2014
Universiti Al-Iman Sana'a Yaman Ditawan Syiah Houthi
Pagi tadi saya mendapat berita daripada seorang kawan saya yang masih berada di Yaman menyatakan bahawa semalam Universiti Al-Iman telah ditawan oleh puak Syiah Houthi. Pada mulanya saya tidak percaya tetapi diyakinkan olehnya kerana dia mendapat maklumat tersebut daripada askar Syeikh Abdul Majid Az-Zindani.
Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dilaporkan selamat... alhamdulillah. Walau bagaimanapun, ketua perang yang juga selaku pengawal Syeikh Abdul Majid Az-Zindani mati syahid ketika bertempur dan beberapa orang lain lagi juga turut sama mati syahid. Selain daripada itu, semuanya selamat dan diarahkan oleh Houthi supaya keluar dari Universiti Al-Iman.
Universiti Al-Iman diasaskan oleh Syeikh Abdul Majid Az-Zindani. Beliau adalah seorang ulama yang berpengaruh dan juga ketua ulama di Yaman. Beliau sangat menekankan aspek pengajian Islam secara menyeluruh serta mengamalkannya di universiti yang diasaskannya. Di universiti itu juga mengajarkan pelajar dan penghuninya supaya berpegang kuat pada mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Di sini jugalah tempat umat Islam yang dipanggil golongan ahli Sunnah wal-Jamaah yang sangat kuat dan digeruni oleh musuh-musuh Islam.
Oleh sebab itu, Universiti Al-Iman menjadi sasaran utama kepada musuh-musuh Islam. Mereka bimbang universiti ini terus bertapak di bumi yaman, bumi anbiya', bumi iman dan hikmah ini. Hal ini kerana universiti ini telah melahirkan ramai ulama yang berkualiti, cintakan akhirat, amanah dengan ilmunya, menyebarkan ilmu, dan berani menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan.
Setelah mendengar berita Universiti Al-Iman ditawan, saya berasa sangat sedih kerana universiti ini jugalah tempat saya menimba ilmu agama. Saya berharap agar mudah-mudahan universiti ini akan dapat bangkit semula daripada ditawan oleh musuh-musuh Islam.
Musuh-musuh Islam memang tidak menyukai Islam dan mereka sentiasa memerangi Islam dengan pelbagai cara seperti terdapat dalam firman Allah dalam surah As-Saf ayat 8-9 yang bermaksud:
8. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). 9. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Islam diperangi oleh musuh-musuhnya di segenap penjuru. Namun, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t. pasti akan memenangkan Islam pada suatu hari nanti! Insya-Allah.
Respon Tentang Muktamar Tahunan PAS Ke-60
Saya
rasa masih belum terlambat untuk bercakap tentang Muktamar Tahunan Pas
Kali Ke-60 yang diadakan pada hari Khamis hingga Sabtu, iaitu 18/9/2014 -
20/9/2014 yang lalu. Sebelum hari tersebut, telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda,
Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.
Tahun
ini saya tidak berpeluang hendak ke muktamar tapi alhamdulillah saya
dapat mengikuti perkembangannya melalui internet dan radio Hijau.Fm.
Alhamdulillah,
saya rasa muktamar kali ini yang diadakan di Johor adalah yang terbaik.
Memang panas dan hangat. Banyak isu yang panas dibincangkan di muktamar
dan dapat diselesaikan dengan baik.
Sememangnya saya suka muktamar seperti ini... baru best...
baru nampak serius... barulah nampak ada kesungguhan... barulah nampak
siapa yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, mempertahankan
jemaah PAS dan mereka yang terus beristiqamah.
Terus
beristiqamah itu yang penting. "Terus Beristiqamah" menjadi tema
muktamar tahun ini dan juga menjadi tajuk ucapan dasar Tuan Guru Abdul
Hadi Awang selaku Presiden PAS. Mudah-mudahan kita semua tetap terus
beristiqamah dengan perjuangan Islam.
Ucapan
Tahniah juga kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana dilantik menjadi
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Ini menunjukkan bahawa
Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bukan calang-calang orangnya. Beliau
termasuk orang yang terhebat di dunia pada masa kini!
Sepatutnya
kita berasa beryukur kepada Allah s.w.t., bertuah dan berbangga kerana
dipimpin oleh beliau yang menjadi Presiden PAS. Sepatutnya kita memberi
sokongan yang penuh kepadanya dan membantunya serta yakin dengan
kepimpinannya.
Pada
saya muktamar adalah tempat bermuhasabah dan menyelesaikan masalah.
Sebab itu kalau ada perkara yang tidak kena diselesakain habis-habisan
ketika bermuktamar. Segalanya dicurahkan ketika di muktamar bukannya
setelah habis muktamar kembali kepada tabiat asal seperti menggunakan facebook, whatsapp, twiter dan sidang media apabila ada rasa tidak puas hati.
Untuk
itu, jadikanlah ucapan dasar dan ucapan pergulungan Tuan Guru Abdul
Hadi Awang sebagai solusi bagi masalah yang telah timbul itu dan satu
keputusan yang mesti dipatuhi. Akhir kata, saya menyokong Presiden dan
Majlis Syura Ulama.
Ahad, 21 September 2014
Krisis Yaman; Pelajar Malaysia Harap Kedutaan Jadi ‘Orang Tua'
Oleh: Wartawan Bo
Keadaan Makin berlarutan sehingga berpulu-puluh kereta kebal memasuki bandar Sana'a sekitar jam 2 pagi semalam.
Askar pemberotak syiah Houthi makin rancak berbalas tembakan dengan tentera parti Islah.
Dentuman demi dentuman..Salakan demi salakan..Silih berganti.
Akses yang kurang membantukan usaha untuk mengemaskini maklumat..Maaf.. حسبنا الله ونعم الوكيل
Yaman kini dilanda bukan hanya dilanda krisis politik, tetapi
peperangan diantara Syiah Houthi dengan Parti Islah ( Parti Islam di
Yaman ).
Syiah Houthi telah menyerang Jalan 30 dan sebenarnya sasaran mereka adalah Universiti al-Iman yang terletak di Jalan 30.
Kebanyakan penempatan Pelajar Malaysia adalah di kekitar Jalan 30 dan
tekini tentera pemberontak Houthi telah memasuki kawasan perumahan
pelajar Malaysia.
Alhamdulillah pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA)
telah berusaha memindahkan pelajar ke penempatan sementara yang lebih
selamat.
Tetapi selepas azan maghrib waktu tempatan, Syiah Houthi telah mula bergerak ke kawasan penempatan sementara kami.
Para pelajar sangat kecewa dengan tindakan ‘sejuk’ pihak kedutaan Malaysia seumpama sejuknya musim diyaman sekarang.
400 Pelajar Malaysia yang terkandas cuba bergerak ke kedutaan
Malaysia untuk berlindung dihadapan pintu kedutaan Malaysia tetapi
malangnya pintu dikunci dan tidak dibuka.
Setelah hampir 2 jam dan setelah dibuat perundingan akhirnya mereka seakan terpaksa menumpangkan para pelajar.
“Kami berharap agar kedutaan Malaysia dan memainkan peranan sebagai ” Orang Tua ” disini,”ujar seorang pelajar.
Sumber: http://www.buletinonline.net
Langgan:
Catatan (Atom)
Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!