Halaman

Isnin, 5 September 2011

Kalau Rumah Jauh Dari Tempat Kerja

Manusia mesti bekerja kerana hendak menyara hidup diri dan keluarga. Dalam dunia ada banyak jenis pekerjaan. Ada yang bekerja di laut, di hutan, di gunung, di udara dan sebagainya. Pokok pangkalnya di mana-mana ceruk di muka bumi ni ada tempat untuk kita menceri rezeki.

Rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi kita kena berusaha dan berikhtiar untuk mencari rezeki. Rezeki tidak datang bergolek atau turun dari langit. Lainlah macam umat nabi Musa, kaum bani Israel mendapat nikmat Allah, iaitu rezeki turun dari langit. Namun, kita tidaklah mendapat kelebihan seperti itu tetapi kita disuruh berusaha dan berikhtiar semasa mencari rezeki. Dalam pada itu juga kita disuruh berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki oleh-Nya. Selepas berusaha kita disuruh bertawakkal pula kepada-Nya semoga kerja yang dilakukan itu berhasil, berjaya dan mendapat redha-Nya.

Rezeki yang diperoleh mesti disyukuri kepada-Nya Sekiranya apa yang dinginkan masih belum tercapai atau mendapat hasil yang tidak banyak kita tidak boleh berdukacita tetapi mesti bersabar dan redha kepada-Nya. Ini yang diajarkan oleh nabi kita Nabi Muhammad saw.

Pada hari ini saya jadi terfikir kepada orang yang rumahnya jauh dari tempat kerja. Sudah tentu terdapat kesulitan dan perkara-perkara yang sukar akan dihadapi untuk ke tempat kerja. Namun, semua tu boleh diselesaikan sekiranya ada perancangan yang baik. Saya rasa perancangan dari sudut masa.

Kalau nak ke tempat kerja mesti keluar seawal mungkin dari rumah. Kalau masuk kerja pukul 9 pagi mesti keluar rumah kira-kira pukul 7.30 pagi atau 8.00 pagi. Sebabnya nak elak jalan sibuk tapi waktu macam ni di KL dan Selangor memang dah sibuk. Kalau lambat bimbang sampai lewat ke tempat kerja. Nanti kena marah dengan bos pula sebab datang kerja lewat. Makan gaji buta. Macam-macam lagi la andaian-andaian buruk yang ada dalam fikiran kalau dah lambat. Kalau kena marah dengan majikan boleh jadi mood kerja pun jadi kurang. Tak bersemangat. Tak seronok nak buat kerja. Jadi elakkanlah daripada kena marah dengan bos.

Motivasi kepada orang yang rumahnya jauh ni sebenar ialah dia mesti bangun awal berbeza kalau rumah dekat. Entah-entah pukul 8.00 pagi baru nak bangun dan mandi pukul 8.30 pagi. Saya agak saja. Sebabnya. Manusia ni bila mereka dapat mengeluarkan diri daripada zon selesa maka mereka akan menjadi luar biasa. Mereka akan bertindak atau melakukan sesuatu daripada hal biasa. Daripada situ akan wujud satu tindakan yang positif. Zon tidak selesa akan membuat kita jadi asyik berfikir untuk mencari kaedah penyelesaian sesuatu perkara. Keupayaan dan kemampuan diri akan digandakan untuk mengatasi keadaan zon tidak selesa itu supaya dapat berdepan dengan keadaan tersebut dengan baik. Jika sebaliknya maka orang itu akan gagal.

Jadi, apabila kita berada di zon tidak selesa maka kita mesti gandakan usaha, lebih rajin, giat berfikir dan kuatkan kesabaran. Secara positifnya daripada hal demikian maka sedikit demi sedikit seseorang itu akan berusaha kepada sikap yang lebih baik dari sebelumnya. Dengan itu akan terhasillah individu yang berkualiti dari segi moral, motivasi dan kerja buatnya. Saya rasa setakat ini dahulu tulisan saya pada kali ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk dan lemah itu daripada kejahilan saya sendiri.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!