Lupa boleh dikategorikan sebagai suatu penyakit. Manusia memang tidak
terlepas daripada penyakit lupa. Sebenarnya dalam minda ada banyak perkara yang
hendak dilakukan tetapi apabila datang penyakit lupa maka perkara tersebut terabai,
tertinggal, tidak dilaksanakan dan sebagainya. Inilah akibatnya apabila lupa.
Banyak perkara yang difikirkan. Mula-mula memang ingat tetapi selepas
tu tak ingat. Pernah suatu masa tu terfikir tentang perkara yang nak diingatkan
tapi tak ingat-ingat juga. Masa tu rasa macam ada benda yang nak dibawa tapi
tak ingat. Rasa maca ada benda yang terlupa tapi tak ingat. Puas diingatkan
tapi tak ingat-ingat juga. Jadi, disebabkan tak ingat maka benda yang nak
dibawa itu pun tertinggal. Bila dah teringat balik, rasa menyesal. Yang ni
contoh tentang benda yang lupa nak dibawa. Memang selalu juga terjadi.
Baiklah, sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang sering dilupakan
atau terlupa.
Apakah perkara yang dilupakan atau terlupa itu?
Antaranya seperti:
1. Lupa Allah. Saya nak senaraikannya di tempat pertama. Tak patut
lupa Allah. Tak patut lupa zikir kepada Allah, mengingati Allah, tak bersyukur
kepada Allah. Semasa dapat nikmat Allah lupa nak bersyukur, bila nikmat itu
ditarik baru nak sedar diri.
2. Lupa nak baca al-Quran. Banyak hari dah tak baca al-Quran, takkan
nak baca al-Quran ketika bulan ramadhan saja.
3. Lupa nak solat. Ni bahaya ni. Kalau buat-buat lupa memang berdosa.
4. Lupa bacaan dalam solat. Lupa bilangan rakaat semasa solat. Tak pasti
dah rakaat yang kedua atau ketiga. Biasanya hal ni terjadi bila fikir
benda-benda lain masa solat. Selalunya bila solat tak khusyuk. Ada juga lupa
bacaan ayat al-Quran lepas bacaan surah al-fatihah pada rakaat pertama atau
kedua. Yang ni biasanya berlaku kepada orang yang menjadi imam.
5. Lupa nak baca bismillah atau doa sebelum makan. Belum apa-apa terus
suap makanan ke dalam mulut dengan tak membaca bismillah atau doa makan.
6. Lupa nak siapkan kerja. Lupa punya pasal kerja tak siap. Bila
disuruh hantar pada masa yang ditetapkan tak dapat nak hantar. Alasannya lupa.
Sebenarnya orang tu betul-betul lupa atau dia yang suka menangguh-nangguhkan
kerja sehingga tak siap pada masanya.
7. Lupa nak bawa barang-barang penting seperti buku, pen, dokumen,
mykad, lesen memandu, duit, dompet dan lain-lain.
8. Lupa diri. Bagai kacang lupakan kulit. Bagai lupa daratan.
Selalunya apabila hidup sudah senang jadi orang yang tak ingat dunia. Buat
dosa, buat maksiat, buat kejahatan sesuka hati.
9. Lupa nak buang sampah. Dah pergi kat dapur. Kat situ ada tong
sampah tapi tak bawa sampah. Tapi bila nampak sampah tu semula baru teringat
sampah tu tak buang lagi. Kalau nak patah balik ke dapur rasa malas pula. Jadi minta
orang yang nak ke dapur buangkan sampah tu.
10. Lupa nak kemas rumah, bilik tidur dan bersihkan tandas. Walaupun dah
kotor tapi rasa tak perasan nak kemas dan bersihkan. Betulkah tak perasan atau
malas nak buat? Entahlah tepuk dada tanya selera.
11. Lupa nak baca buku. lupa nak ulang kaji pelajaran. Lupa nak
belajar.
12. Lupa nak beli barang yang kena beli. Sampai kat kedai lupa nak
beli. Bila sampai rumah baru teringat barang yang nak dibeli tu.
13. Lupa nak update blog. Hehehe… ni pun kira lupa juga ke?
14. Lupa nak makan. Aik, makan pun boleh lupa juga. Mungkin orang tu
sibuk sangat sampai lupa nak makan.
15. Lupa nak tutup suis lampu, kipas, tv, radio, laptop dan lain-lain.
16. Lupa nak kunci rumah, kunci pagar, kunci pintu dan sebagainya. Bila
bagun pagi baru sedar bahawa semalaman rumah tak berkunci.
17. Lupa nak matikan enjin kereta. Lupa nak tarik handbrake. Lupa nak
kunci kereta. Lebih teruk lagi boleh lupa sampai tertinggal kunci dalam kereta.
Kalau nasib tak baik, kereta tu tak pasal-pasal dicuri orang yang memang
kerjanya mencuri.
Dan banyak lagi…
Sesungguhnya, banyak betul perkara yang dilupakan atau terlupa. Sememangnya
lupa ni dah jadi suatu penyakit.
Sebenarnya perkara-perkara yang berkaitan dengan lupa itu boleh jadi sama ada
sengaja atau pun tidak sengaja. Namun, kita boleh buat kategori atau menilai
antara lupa yang disengajakan dan lupa yang tak disengajakan.
Boleh jadi perkataan dilupakan itu merujuk sengaja buat lupa dan perkataan
terlupa pula merujuk tidak sengaja lupa. Selalunya kata “ter-” untuk perkara
yang tidak disengajakan.
Saya rasa cukuplah setakat ini dulu. Hajat di hati memang nak tulis
panjang lagi tapi bila difikirkan semula adalah baik tulis setakat ni saja supaya
pembaca yang membaca artikel ni tak berasa jemu kerana tulisan yang panjang
berjela mungkin membosankan. Insya-Allah,
lain masa sambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan