Tips Hafal Al-Quran bagi yang bukan aliran Tahfiz...
Terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al-Quran dan dengan cara
yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah s.w.t.. Kisah ini
berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad, seorang pelajar
kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau
mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria,
Shyeikh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of
Human Science di Perancis. Syeikh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur
9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi
kandungan Al-Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).
Tip 1 – Bangun awal. Ahmad
akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid
pada setiap waktu fajar. Apabila balik ke rumah, beliau tidak menghabiskan
masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit
setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran.
Tip 2 – Setiap hari cuba
menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat. Ahmad
membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak
mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka
surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5
baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.
Tip 3 – Biasa-biasakan
dahulu Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran,
beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping
kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba
menghafalnya.
Tip 4 – Simpan ayat-ayat
tersebut dekat dengan anda. Ahmad akan mencari masa-masa terluang di
sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi. Kadang-kadang
semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas
yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk
jika hafalannya tersangkut.
Tip 5 – Guna apa yang
dihafal dalam setiap solat Bagi memantapkan hafalan. Detiap waktu sembahyangnya
beliau akan membaca ayat yang dihafal
pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat, beliau akan menggilirkan
pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari
sebelumnya.
Tip 6 – Pastikan Matlamat
sentiasa berada di depan anda. Bagi resam Uthmani ada 15
barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan
sahaja telah menghafal 2 muka surat Al-Quran malahan berjaya menulis
keseluruhan 2 muka surat.
Tip 7 – Perbaiki tajwid anda Pada hujung minggu. Biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajwid hafalannya.
Seperkara lagi - ada satu lagi rahsia
kejayaan Ahmad
Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam
penghafalan, seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu),
Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya,
beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Syeikh menyatakan
berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam
untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk
dibaca. Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al-Quran sehingga tidak ada kenikmatan
dalam bangun tahajjud. Kadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan
satu nikmat.
Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad
apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al-Quran. Apa
yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi
daripada Al-Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat
dengan Allah s.w.t. dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.
Bayangkan betapa bangganya beliau apabila
pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat
Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi
secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al-Quran. Dia menjadi seorang
hafiz.
Syeikh Zakariya menyatakan satu pengajaran
yang cukup hebat dalam kes Ahmad: Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan
kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah
terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi
setiap hari hidupnya selama 5 tahun.
Seterusnya hubungannya dengan Allah telah
membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta
telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah
dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
One can only imagine what happened to
Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every
single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he
woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and
self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything
other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)
Sumber: Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam AnNawawi (MATIN) dengan sedikit pindaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan