Sekarang adalah musim cuti persekolahan semester pertama. Walaupun cuti
tidak bermakna belajar, membaca, menulis, menghafaz dan mengulang kaji
pelajaran pun bercuti. Jadi, sepanjang cuti persekolahan pelajar mesti tetap menggunakan
masa untuk belajar.
Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya ingin membicarakan tentang
masa, tempoh dan waktu belajar. Persoalannya ialah bilakah masa hendak mulakan
pelajaran? Berapa lamakah tempoh belajar? Dan bilakah waktu hendak belajar?
Sebenarnya inilah yang ingin saya bicarakan. Saya rasa dengan mengajukan
soalan tersebut akan menjadi mudah untuk difahami.
Sebenarnya masa, tempoh dan waktu belajar boleh sahaja ikut jadual
seperti belajar di sekolah. Kalau di sekolah jadual waktu belajar bermula pada
pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 tengah hari. lebih kurang macam tu
la.
Pada saya waktu belajar yang sesuai dan terbaik adalah pada waktu
pagi. Boleh sahaja bermula selepas subuh. Ada juga orang yang dah mula belajar
sebelum subuh lagi. Ada juga pada 1/3 malam. Selepas qiamullail belajar. Tapi ni
jarang dilakukan kerana bukannya senang nak bangun seawal begini. Walau bagaimanapun,
pada 1/3 malam itu adalah waktu yang terbaik.
Pada waktu itu sangat sunyi, hening dan tenang. Kalau solat, berdoa
dan berzikir pada waktu itu boleh mendatangkan khusyuk dan ketenangan. Pada waktu
itu juga adalah waktu doa mustajab. Selain itu, kalau belajar dan menghafaz senang
nak fokus dan mengingat. Tapi waktu ni
ramaikah yang mampu lakukan?
Baiklah, jika tidak mampu kita cuba usahakan belajar selepas subuh
atau pada pukul 7.00 pagi.
Sekiranya belajar pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah
hari maka masa yang diambil adalah selama 6 jam. Suatu tempoh yang agak lama
juga. Sebenarnya tidak mengapa belajar dalam tempoh yang lama. Inilah yang
terbaik untuk memperolehi dan memberhasilkan ilmu.
Sebenarnya kalau dikira masa itu belum tentu lagi betul-betul belajar
selama 6 jam kerana ada masa nak makan, minum, rehat, ke tandas, buang hajat,
bersembang, dan sebagainya. Jika dicampur tolak darab bahagi masa yang
digunakan tidaklah sampai 6 jam.
Seterusnya berkait dengan waktu belajar pada waktu pagi ialah waktu
ini adalah terbaik untuk belajar kerana otak berkeadaan segar, cerdas dan
aktif. Manakala fizikal pula berkeadaan bertenaga, cergas dan kuat. Di samping
itu emosi diri yang bersemangat, ceria, gembira dan tenang pada waktu pagi. Ini
penting untuk mendapatkan fokus dan daya ingatan yang optimum ketika belajar.
Waktu pagi memang masa yang sesuai dan terbaik untuk belajar, membaca,
mendengar, menulis, menghafaz dan hal-hal yang berkait dengannya. Waktu ini
adalah baik untuk mendapatkan fokus tumpuan yang sepenuhnya dan kalau menghafaz
mudah ingat.
Kalau hafaz waktu malam mesti rasa mengantuk. Jadi, lebih baik hafaz
waktu pagi. Sebab benda-benda yang menghafaz benda yang berat, yang dirasai
otak. Otak akan rasa ada suatu tekanan ketika menghafaz. Jadi, sebab itlulah waktu
pagi sesuai untuk menghafaz.
Sebenarnya selain waktu pagi, waktu selepas maghrib dan isyak pun masa
yang terbaik juga untuk menghafaz. Masa yang tak sesuai tu seperti tengah hari,
lepas asar (sepatutnya waktu riadah) dan ketika rasa mengantuk dan nak tidur
sangat. Macam mana nak hafaz kalau rasa mengantuk dan tidur sangat. Sudah tentulah
asyik fikir nak tidur saja.
Berkait dengan waktu pagi tadi, sekiranya waktu pagi ini digunakan
betul-betul dan bersungguh-sungguh untuk belajar sehingga ke tahap maksimum
maka hasilnya nanti pun akan maksimum juga. Insya-Allah. Ini usaha kita untuk
memperolehi dan memberhasilkan ilmu.
Oleh itu, jangan buang masa, jangan malas, jangan tidur, jangan
berlengah dan jangan putus asa pada waktu pagi. Belajarlah, berusahalah,
bekerjalah, bersemangatlah, bersungguh-sungguhlah, beringatlah tentang kebaikan
dan keuntungannya.
Seperkara lagi, bila waktu tengah hari otak akan jadi letih, lesu dan
susah hendak berfikir. Badan pun sama juga rasa penat. Mata pula rasa nak
pejam, rasa mengantuk dan nak tidur. Semangat pun mula menurun, rasa malas
melebihi rasa rajin dan mulai menguasai diri. Dalam masa yang sama juga otak berfikir
tentang tidur dan nak berehat. Jadi, sekiranya wujud simptom-simptom ini maka usaha-usaha
untuk belajar terpaksa dihentikan seketika. Kalau belajar pun belum tentu dapat
diterima oleh otak. Lagi pun masa ni memang masa yang sesuai dan terbaik untuk
berehat sekejap atau qailullah.
Oleh, itu, sebelum masa beredar dan berlalu ke waktu tengah hari maka
belajarlah dengan bersungguh-sungguh pada waktu pagi. Dapatkan sebanyak ilmu. Dapatkan
untuk menguasai, memahami, dan mendalami ilmu. Semoga dengan usaha-usaha ini
kita menjadi orang yang berjaya, berguna dan beruntung di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan