Lepas siap tulis entri tajuk Tulis Point-point, saya pun dapat idea tentang bergerak lebih baik daripada berhenti. Alhamdulillah.
Rasanya kalau masa di dunia ini lama sudah tentu bila dapat idea je terus menulis. Tak payah buat kerja lain. Tapi pada hakikatnya tak boleh buat macam tu kerana banyak lagi kewajipan yang mesti dilaksanakan.
Ok, berkait dengan bergerak... saya nak buat perumpamaan yang ada di alam ini.
Kenapa saya kata bergerak lebih baik daripada berhenti? Ok kalau kita tengok benda-benda yang ada di dunia ni kebanyakannya adalah bergerak.
Kalau kita tengok air. Air sungai yang mengalir lebih baik daripada air lombong yang bertakung. Air sungai yang mengalir airnya lebih bersih dan segar. Berbeza air yang bertakung, disebabkan tidak bergekak air itu menghasilkan bau yang busuk dan airnya nampak tidak cantik.
Contoh lain, angin. Angin pun bergerak juga. Tiupan angin membuatkan kita berasa nyaman dan sejuk. Kalau kawasan tu tak berangin sudah tentu rasa panas dan berpeluh.
Kita memang memerlukan angin dan udara yang nyaman dan sejuk. Sebab tu tiap-tiap hari kita pasang kipas atau aircond. Kalau zaman sekarang tak kira masa pagi, petang, siang, malam pasang kipas atau aircond. Jadi, angin yang bergerak itu telah memberi manfaat kepada kita.
Begitu juga dengan fizikal kita. Kita boleh merasakan organ-organ yang terdapat di dalam anggota badan kita bergerak. Jantung bergerak mengepam darah dan oksigen. Nadi pun berdenyut. Darah mengalir di saluran darah dan urat. ada yang sampai ke urat saraf dan ke otak.
Rasanya banyak lagi sebab dalam badan kita ada banyak urat. Kalau nak tahu dengan lebih terperinci kena baca buku sains. Baca balik.
Begitu juga dengan pernafasan. Kita tidak sedar berapa banyak kali gas oksigen yang masuk ke rongga hidung dan mulut kemudian mengeluarkan gas karbon dioksida semasa proses pernafasan berlaku. Ini semua menunjukkan kepada pergerakan.
Rasanya kalau benda-benda ni tak bergerak apa akan terjadi pada diri kita? Sudah tentulah kita akan mati. Macam orang mati, jasadnya terkujur kaku. Tidak bergerak.
Pada zaman ini, para saintis yang membuat kajian mendapati bumi, matahari, bulan, bintang dan benda-benda yang terdapat di angkasa semuanya bergerak. Ini bertepatan dengan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.
Al-Quran dah beritahu kepada manusia sejak 1400 tahun yang lalu tapi saintis baru jumpa penemuan itu hasil pengkajian mereka.
Siapa yang yakin akan masuk Islam dan beriman kepada Allah. Siapa yang tidak yakin akan terus mengingkari-Nya.
Pergerakan yang berlaku kepada bumi, matahari, bulan, bintang dan lain-lain menunjukkan mereka patuh dan taat kepada perintah Allah. Mereka bergerak atas perintah Allah. Mereka bergerak sehingga masa yang ditentukan. Mereka bergerak pada tempat dan laluan masing-masing yang telah ditentukan. Tak pernah berubah dan beralih dari landasan masing-masing mengikut sesuka hati.
Beginilah keadaan mereka sebagai makhluk Allah yang bergerak mengikut ketentuan-Nya. Jadi, kalau kita bagaimana? Adakah bergerak ke tempat yang salah dan tidak sepatutnya atau berhenti dengan tidak membuat sebarang perubahan ke arah kebaikan?
Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya ilmu dan iman. Sekiranya kita orang yang berilmu dan beriman maka sudah pasti kita akan membuat perkara yang sewajarnya.
Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya ilmu dan iman. Sekiranya kita orang yang berilmu dan beriman maka sudah pasti kita akan membuat perkara yang sewajarnya.
Iktibar dan pengajaran yang boleh diambil ialah dengan berusaha kita akan berjaya dan mendapat hasil yang diinginkan serta tidak boleh berputus asa dan berpeluk tubuh. Kita juga mesti menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada-Nya dengan melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan