Halaman

Khamis, 16 Februari 2012

Watak

Sebelum ni saya selalu dengar orang kata macam ni,

“Ha… buat watak la tu.

Kau buat watak apa hari ni?

Hish, geram betul la gengan watak dia hari ni!

Dia ni asyik buat watak je.”

Dan lain-lain lagi ayat yang seumpama dengannya.

Masa tu saya tak faham tentang kata ‘watak’ tu. Sekarang baru saya faham kenapa ada orang cakap macam ayat di atas… rupa-rupanya ada sebuah lagu ni tajuknya Watak. Nyanyian siapa lagi tak tak bukan Hafiz AF 7.

Di bawah ni saya selitkan videonya yang diambil dari youtube


Lirik:
Tangan dikocek
Jalan menyenget
Mata ke bumi
Hati ke langit
Sabar menanti
Peluang datang
Begitulah

Selepas hujan
Nanti kan nyaman
Sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan senang
Lumrahnya

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari

Chorus
Tak esok atau lusa
Malah jua
Mungkin bila-bila
Hidup berubah

Namun kini
Kala ini
Watak sebegini
Ku perlakonkan

Tangan di dagu
Duduk termangu
Kopi secawan
Tidak keruan
Sehari lagi
Kian berlalu
Begitulah

Lambungkan syiling
Pilih antara
Kepala bunga
Betul dan salah
Menang dan kalah
Bukan pengakhir
Segala

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari

Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Samad

Saya rasa ok la lagu ni sebab mesejnya tentang kehidupan sehari-hari. Ok la lagu ni. Terus terang saya kata secara jujurnya saya suka lagu-lagu yang berunsur dan bertemakan dakwah, ketuhanan, nasihat, nilai-nilai murni dan kehidupan. Saya tak suka lagu-lagu cinta walaupun lagu tu lagu nasyid.

Kalau nak buat lagu cinta pun buatlah lagu cinta kepada Allah ke... cinta kepada Rasulullah ke... cinta kepada Islam ke... cinta kepada al-Quran dan Hadis ke... cinta kepada hukum-hukum Islam ke... cinta kepada saudara-saudara seakidah ke... kan bagus!

Tak pun buatlah lagu membangun bersama Islam pasti cemerlang ke... Islam itu adil untuk semua ke... umat Islam bersatu menentang kuffar ke... umat Islam bersatu menentang kezaliman dan lain-lain.

Tentang lagu watak ni saya baru je tahu... baru minggu ni. Tak tahu pun sebelum ni ada lagu macam ni. Tapi ada hari tu saya tengok tv astro chanel apa ntah saya pun tak ingat... ada la siar video klip lagu baru ni.

Lagu ni kira lagu baru la... rupa-rupanya saya dah lama tak ambil tahu tentang perkembangan lagu-lagu baru artis Malaysia. Tapi bagi saya yang tu tak penting, tak tahu pun takpe.

Bila fikir balik, jadi tahu lagu-lagu atau cerita-cerita baru di tv ni pun sebab selalu sangat tengok tv. Kalau masa saya di KUDQI dulu susah juga la nak tengok TV sebab di sana mana ada tv. Cuma kalau pegi kedai makan sempat la juga tengok tv tapi itu pun sekejap je... habis makan terus balik ke asrama. Takde la lepak lama-lama kat kedai tu.

Kadang-kadang saya fikir bagus juga takde tv sebab tak la leka sangat dan banyak buang masa depan tv. Sebenarnya ni menyentuh soal pengurusan masa seseorang. Kalau dia bijak menguruskan masa pasti dia tidak akan banyak buang masa depan tv sebab dia akan tengok tv untuk rancangan yang penting-penting saja. Kalu ada rancangan yang tak peting buat apa tengok. Ni dari sudut negatifnya la kalau asyik tengok tv je. Banyak kerja yang penting diabaikan.

Satu lagi bagi individu yang tak bijak pilih rancangan tv akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan gejala negatif. Tv ni macam boleh mempengaruhi dan merosakkan otak orang. Jadi orang yang dah terpengaruh tu pula senang sangat nak ikut benda-benda yang tak  baik tapi kalau benda-benda yang baik susah pula nak ikut. Tambahan pula kalau kurang pengetahuan agama, iman lemah dan kurang berakhlak mulia lagi la mudah terpengaruh dengan perkar-perkara negatif.

Ok itu cerita tentang keburukan tv kalau kebaikannya pula macam nak tahu berita atau isu semasa. Macam sekarang dah ada TV Al-Hijrah, Osasis dan TV 9. Ok la ada la rancangan berbentuk keagamaan dan ilmiah. Kalau macam ni memang ok la tapi  kebiasaannya rancangan-rancangan yang baik ni tak banyak ada di tv.

Ini yang sedih, rancangan yang baik... yang berunsurkan keagamaan dan ilmiah memang sikit. Termasuklah juga drama dan filem yang berunsurkan keagamaan dan ilmiah. Kan bagus kalau ada penerbit dan pengarah tv, filem dan drama yang lembut hatinya suka buat cerita-cerita yang berkaitan dengan Islam dan dakwah.

Kalau boleh dia jadikan Islam dan dakwah perkara utama dalam cerita-cerita, rancangan-rancangan dan program-program mereka. Agak-agaknya ramai tak penerbit dan pengarah yang macam tu... yang suka kepada Islam dan dakwah. Saya harap-harap ada la... kalau tak ada pada hari ini... insya-Allah pada masa akan datang.

Kalau saya yang buat... memang tak boleh la sebab saya tak belajar bidang ni. Lagi pun saya takde kepakaran dan kemahiran dalam bidang ni. Lainlah saya memang ahlinya tetapi dalam hati saya sentiasa berharap agar suatu hari nanti ada banyak cerita-cerita yang baik di tv... insya-Allah.

Eh, dah macam-macam watak pula yang saya ceritakan. Tak kisah la tentang tu. Kesimpulannya, walaupun tv tu ada manfaat tapi bagi saya masih tak banyak lagi benda-benda baik di tv... yang banyak benda-benda tak baik di tv. Apa yang penting ialah kalau boleh sesiapa yang berkenaan buatlah cerita-cerita, rancangan-rancangan dan program-program yang berkaitan dengan Islam dan dakwah lebih banyak daripada perkara-perkara yang menjauhkan diri manusia daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Allah.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!