Halaman

Khamis, 15 September 2011

Bawa Laptop Ke Mana-Mana

Sekarang ni dah jadi suatu tabiat atau budaya kepada diri saya membawa laptop ke mana-mana. Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya bawa laptop ke tempat kerja. Sebenarnya sejak belajar di KUDQI lagi saya memang susah nak renggang dengan laptop saya ni. Bagi saya laptop ni dah banyak berjasa kepada saya.

Alhamdulillah, sejak beli sehingga kini saya mampu menjaga laptop ni dengan baik. Walau bagaimanapun, laptop ni tak pernah asing dengan risiko kerosakan seperti jangkitan virus daripada pendrive individu yang tak bertanggungjawab, terdedah dengan hujan sebab beg laptop dah tak kalis air, dan lain-lain. Semua contoh yang disebutkan saya minta dijauhkan daripada berlaku sama sekali.

Masalah terdedah dengan hujan ni sebab kenderaan untuk saya bergerak ke tempat lain ialah motosikal. Lagi pula saya takde beg khusus yang selamat untuk laptop saya ni. Beg laptop yang saya dapat masa beli dulu tu dah tak kalis air lagi sebab selalu sangat terkena air hujan dan panas matahari.

Hal ni terjadi lama dah. Dulu masa saya belajar di KUDQI, saya pernah pergi ke Kuala Terengganu dengan motosikal. Lama juga la. Ada la dalam setahun. Masa tu saya tahun dua. Jadi, bila KUDQI cuti, saya balik ke Kuala Lumpur (KL) pun dengan motosikal. Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan atau musafir dari KL ke Kuala Terengganu (KT) atau dari KT ke KL adakalanya hujan. Adakalanya berselang-seli, panas hujan, panas hujan dan seterusnya. Saya rasa kesan daripada terdedah dengan faktor tadilah antara sebab beg laptop tak kalis air lagi.

Saya ingat lagi suatu peristiwa ni, masa tu baru lepas sambut hari raya Aidil Adha tahun 2009 dan cuti pun nak dekat habis. Jadi, KUDQI akan dibuka semula. Takdirnya, bulan pada masa tu musim tengkujuh atau musim hujan. Oleh sebab hasrat saya kuat nak bertolak ke KT dengan motosikal maka sebarang kemungkinan yang berlaku saya kena hadapi dengan tabah dan sabar. Inilah keputusan yang saya buat walaupun ada cadangan yang menyarankan saya naik bas. Namun, saya tetap berkeras nak naik moto sebab rasa sangat memerlukan moto bila berada di sana.

Jadi, saya pun bertolak dari KL. Sesampai sahaja di mana ye?…mmm antara ingat dan tak ingat saya rasa di Gambang, hujan turun dengan lebat. Kalau tunggu, saya rasa nanti lewat. Jadi saya pun redah je. Sepanjang saya redah tu hujan memang tak berhenti. Bila sampai di Kemaman, saya berhenti di sebuah masjid ni untuk menunaikan solat. Seusai solat, hujan masih turun dengan lebat. Dalam pada itu saya sempat menelefon sahabat saya tentang keberadaannya. Pada masa tu beliau ada di Kemasik rumah toknya. Beliau mengajak saya singgah rumah toknya dan kalau boleh bermalam sekali dengan alasan hujan masih tak berhenti. Tapi saya rasa segan dan malu. Bagaimanapun saya singgah dan bermalam juga di rumah toknya.

Saya rasa kena penddekkan cerita ni sebab kalau nak cerita semua perkara memang panjang. Jadi, dipendekkan cerita keesokan paginya saya dan sahabat bertolak ke KT. Pagi tu cuaca hujan. Mmm nak buat macam mana lagi redah je la. Alhamdulillah, malam sebelumnya saya dan sahabat telah membeli baju hujan di Mesra Mall atas cadangan ayahnya. Kami pun redah sampai ke KT. Sesampai ke KT, baru saya perasan laptop saya dibasahi air. Bukan itu saja malah henset saya pun terkena air. Saya simpan henset dalam beg laptop. Melihatkan peristiwa itu baru saya tahu rupa-rupanya beg laptop saya tak kalis air lagi. Sangkaan saya meleset. Kalau hujan beg tu mesti dibungkuskan di dalam palstik dengan dua tiga helai plastik untuk keselamatan.

Selepas peristiwa tu, pengajaran yang boleh saya ambil ialah kalau hujan saya mesti bungkus beg laptop di dalam plastik dengan dua tiga helai plastik untuk keselamatan. Kalau ada duit beli beg laptop baru yang kalis air dan lebih ‘safety’. Beli laptop baru pun orait juga hihihi.

Kalau ikutkan tajuk saya nak cerita tentang sikap saya sekarang yang suka bawa laptop ke mana-mana. Tapi saya rasa ada kaitan atau ada relevannnya juga. Seperti yang saya katakan tadi sejak belajar di KUDQI lagi memang saya suka bawa laptop ke mana-mana. Tak renggang dengan laptop. Kalau rasa bawa laptop ni menyusahkan sudah tentu masa balik cuti di KL saya tinggalkan laptop ni kat asrama je. Tapi saya rasa banyak benda-benda penting yang boleh saya buat daripada penggunaan laptop ni maka sekalipun terasa menyusah, menyukar, dan mengurangkan keselesaan, saya tetap membawanya.

Sebenarnya, petang tadi masa nak balik Hafiz Abu Hassan ada bertanya kepada saya tentang membawa laptop tiap-tiap hari ke SERI. SERI ialah nama singkatan Sekolah Rendah Islam. Sekarang ni saya bekerja di sekolah ni semula. Ok, sambung tentang pertanyaan Hafiz Abu Hassan. Sebaik saja saya katakan memang saya bawa laptop tiap-tiap hari, beliau menyatakan bahawa laptop ni dah jadi sebahagian ‘life’ kita. Pada saya, memang betul sebab saya dah manfaatkan sepenuhnya penggunaan laptop ni. Selain tu, banyak perkara-perkara penting telah disimpan dalam hardisk laptop lebih-lebih lagi berkaitan dengan bahan-bahan ilmiah.

Antara sebab lain saya membawa laptop ke mana-mana ialah saya telah menyimpan bahan-bahan bacaan dalam laptop. Jadi, kalau saya ke mana-mana tanpa membawa buku untuk dibaca maka saya akan membawa laptop untuk membaca bahan-bahan bacaan tersebut. Bahasa mudahnya, laptop ganti buku. Hal ini kerana saya merasakan bahawa saya mesti membaca walau di mana jua berada yang sememangnya dalam pemikiran saya menyatakan bahawa membaca itu jambatan ilmu atau membaca itu adalah salah satu jalan untuk saya mendapatkan ilmu.

Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!