Assalamua’laikum. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat-sihat
hendaknya. Saya di sini sihat sahaja.
Alhamdulillah, barulah kali ini saya mempunyai kesempatan untuk
menulis dan post artikel setelah hampir setahun menyepi.
Alhamdulillah, sekarang kita berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan
keberkatan, rahmat, keampunan dan kesempatan bagi seorang mukmin untuk terbebas
dari api neraka. Dalam bulan inilah peluang untuk meningkatkan keimanan dan
menggandakan pahala supaya diampukan dosa-dosa yang lalu seperti dalam hadis
ini:
“Orang yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Banyak kelebihan di bulan Ramadhan yang mulia ini seperti doa yang
dimakbul, turunnya al-Quran, ada lailatul qadar, ada solat terawih dan
lain-lain.
Alhamdulillah, tahun ini saya berpeluang untuk berpuasa di tanah air. Balik bercuti. Sesungguhnya, berpuasa di perantauan dan di negara sendiri ada perbezaannya. Yang ni saya akan ceritakan pada waktu yang lain, insya-Allah.
Ketika balik bercuti inilah masanya dapat bersama dengan keluarga. Juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah. Kalau di perantauan hanya bersama dengan kawan-kawan sepengajian dan seperjuangan. Tidak sama suasana dan keadaannya.

Apa-apa pun sepanjang di bulan Ramadhan ini marilah kita perbanyakkan
amal ibadah dan buat yang terbaik untuk mendapatkan mardhatillah,
keampunyan-Nya, pahala yang berlipat ganda dan syurga-Nya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan