Halaman

Rabu, 6 Jun 2012

Ingin Tukar Kerajaan?

Sebenarnya kita semua sedang ternanti-nanti akan tarikh pilihan raya. Namun, sampai ke hari ini masih belum lagi ada sebarang pengumuman tentang tarikh tersebut. Oleh itu, apabila menjelang hari pilihan raya maka ini adalah peluang yang sangat bermakna dan berharga kepada semua rakyat Malaysia. Mereka yang sudah boleh mengundi jangan lepaskan peluang tersebut.

Oleh hal yang demikian, saya fikir semua rakyat Malaysia mesti membuat perubahan pada pilihan raya kali ini. Sebut tentang perubahan maka perubahan yang harus dilakukan ialah memilih dan mengundi calon pemerintah yang betul. Jangan tersalah undi!

Sebenarnya sudah sampai masanya negara Malaysia harus mengalami pertukaran kerajaan dan pemerintah. Menukar kerajaan yang zalim kepada kerjaan yang adil. Tidak mahu kerajaan yang korupsi, yang mengamalkan rasuah, penyelewangan kewangan, penyalahguanaan kuasa, sistem kehakiman yang berat sebelah, yang tidak mencegah kemungkaran, yang menganjurkan perkara mungkar dan maksiat, yang tidak dapat menyelesaikan taraf ekonomi rakyat dan lain-lain lagi.

Sebenarnya segala penyelewangan, penipuan, dan ketidakadilan itu telah nyata, terang lagi bersuluh diketahui umum. Hal itu memang benar dan sahih berlaku dalam kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia hari ini. Oleh itu muslihat, tipu daya dan helah yang telah terbongkar itu seharusnya meyakinkan kita untuk menukar kerajaan.

Kita mesti bijak, berani, tetap pendirian dan yakin dalam membuat pilihan. Kita juga mesti bijak, berani, tetap pendirian dan yakin untuk melakukan perubahan. Oleh itu, peluang yang bakal tiba nanti janganlah disia-siakan. Dalam masa yang sama juga janganlah terpedaya, terpengaruh dan tertipu dengan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah, dakyah dan cerita-cerita bohong.

Untuk mengekalkan keyakinan pastikan kita mendapat maklumat yang betul, tepat dan benar sahaja. Maklumat yang betul, tepat dan benar adalah penting. Barulah kita tahu perkara yang sebenar malah fikiran kita tidak akan diracuni dengan maklumat-maklumat palsu.

Semua orang mesti sedar bahawa kerajaan manusia tidak kekal selama-lamanya bahkan akan musnah, jatuh, tumbang dan akan digantikan dengan kerajaan yang lain. Semua orang mesti sedar bahawa hanya kerajaan Allah sahaja yang kekal selama-lamanya. Jadi, pertukaran kerajaan tidak mustahil boleh berlaku. Semua orang mesti terima hakikat ini. Sesungguhnya kesemua ini boleh berlaku dengan kehendak Allah seperti dalam firman-Nya:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٦) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنْ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنْ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (٢٧)

Maksudnya:
26. Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

27. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).
(Ali-Imran: 26-27)

Yang ini semua orang kena faham.

Sebagai manusia, sebagai hamba Allah, kita mesti ada sikap rendah diri kepada Allah. Kita mesti menyatakan bahawa kerajaan Allah adalah kerajaan yang kekal abadi. Kita juga mesti menyatakan bahawa kerajaan manusia pasti akan musnah. Lebih-lebih lagi kalau kerajaan itu zalim atau tidak adil, menindas rakyat dan banyak melakukan kemungkaran daripada yang makruf. Wallahua’alam.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!