Halaman

Khamis, 11 Mac 2010

"Harap-harap best je la hendaknya..."

Firman Allah swt:

وَعَسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (٢١٦)
…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[al-Baqarah: 216]

Rasanya baru je seminggu selesai program Hari Keluarga Kampus pada hari Sabtu lepas. Program seperti tu program pertama kali MPMKUDQI buat. Boleh dikatakan program tu program besar MPM jugalah. Rasanya kehangatan program macam tu belum lagi hilang.

Petang ni insya-Allah kena pergi ke Chendering. Ada program. Program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO). Program start lepas asar macam yang Ridhuan Karim kabo. Kalau Hari Keluarga Kampus dikendalikan oleh MPM dan HESIS tapi kali ni… untuk program ni MPM dan HESIS akan diprogramkan oleh ex-student KUDQI dan tahun 3.

Tahun lepas pernah juga sertai program ni… best la juga. Memang siapa yang jadi MPM dan HESIS wajib masuk program ni. Tujuannya untuk train pimpinan pelajar menguruskan organisasi dengan baik, bersistematik, cekap dan banyak lagi la perkara-perkara yang bagus ke arah tu.

Saya harap progam pada kali ni lebih best daripada tahun lepas. Bagaimanapun, saya akan berusaha untuk memberikan komitmen yang sewajarnya pada program ni, insya-Allah.

Walaupun rasa best nak berprogram namum tak boleh la abaikan pada bahas yang diberikan oleh Ustaz Kamaruzzaman dan Ustazah Atikah. Teguran ni saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya dan sesiapa yang membaca artikel  ni umumnya. Sebut fasal bahas saya hampir terlupa pada bahas ustaz dan ustazah. Mana taknya dalam minggu ni je banyak betul mesyuarat program. Tapi bila tengok muslimat, diorang still maintain je belajar… sibuk-sibuk pun sempat cari bahan bahas dari kitab. Bagus diorang tu. Emm… nampaknya lepas habis program ni kena cepat-cepat siapkan bahas. Insya-Allah.

Rasanya kena baiki cara belajar dan atur masa. Displin pada masa. Biar semuanya berjalan dengan lancar. Persatuan-persatuan juga pelajaran jangan diabaikan. Sekali lagi saya nak katakan bahawa teguran ni kepada diri saya sendiri khususnya dan sesiapa yang membaca artikel ni umumnya.

Semalam masa usrah MPM, Ustaz Kamaruzzaman ada kata bila dah jadi pemimpin pelajar ni kena rasa bersyukur dan bertuah sebab ni peluang untuk dapat banyak pahala. Rebut peluang ni bermakna rebut pahala.

Mengenai ayat 216 surah al-Baqarah, saya jadikannya sebagai ayat motivasi bagi diri saya supaya saya tidak terlalu bergembira apabila mengalami perkara yang saya suka dan juga saya tidak terlalu bersusah hati atau bersedih apabila mengalami perkara yang saya tidak suka. Walau bagaimanapun saya sentiasa berusaha untuk tidak membenci kepada perkara-perkara yang sememagnya baik dan bermanfaat pada diri saya meskipun saya tidak tahu akan hal tersebut.

Benda yang kena benci ialah benda mungkar. Itu wajib. Kesimpulannya, Allah Yang Maha Mengetahui memang tahu tentang keadaan kita maka mintalah apa-apa yang dihayati daripada-Nya.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!