Halaman

Ahad, 13 Disember 2009

Ayuh Bersemangat!


Entah ke mana hilangnya semangat? Ke mana ia pergi? Bila tak bersemangat nampak monyok je macam ayam berak kapur. Kita tengok dia pun rasa tak semangat. Nak buat apa-apa pun banyak yang tak menjadi. Semangat pun satu hal kejap naik kejap turun macam air pasang surut. Iman kita pun sama juga kalau dah turun nak buat benda baik pun rasa malas. Cuma semangat ni bezanya ialah hal yang berkaitan dengan perasaan atau mood.

Jadi, apakah caranya nak naikkan semangat? Kalau boleh biar semangat ni berkekalan. Jadi, sebagai langkah tak nak memeningkan kepala mari cuba cara ni dulu mana tahu sedikit sebanyak berhasil, insya-Allah. Kita cuba dulu. Antaranya:

1. Membaca buku yang boleh menaikkan semangat seperti buku motivasi, agama, sirah nabi, kisah hidup ulama, spikologi dan lain-lain. Baca buku ‘La Tahzan’ karangan Dr. 'Aid  Abdullah Al-Qarni. Baca al-Quran lagi ok.

2. Mendengar cerita tentang kisah orang-orang yang bersemangat dan telah mencapai kejayaan.

3. Menghadiri majlis-majlis ilmu seperti kuliah agama dan khutbah jumaat. Cari penceramah yang hebat dan cara penyampaiannya memang bersemangat.

4. Melafazkan kata-kata semangat. Menyatakan perkara yang bersemangat daripada dalam hati dan melafazkan juga dengan lidah.

5. Menulis perkara-perkara yang boleh menaikkan semangat. Contohnya, ‘Aku boleh!’ ‘Berusaha bersungguh-sungguh’ dan sebagainya.

6. Melihat gambar yang boleh menaikkan semangat atau alam dengan rasa kagum pada kebesaran Allah.

7. Berfikir tentang perkara-perkara yang bersemangat.

8. Sentiasa mengingati mati supaya kita sedar hidup ini sementara dan kita akan menjadi bersemangat untuk menuju ke akhirat dengan menyiapkan bekalan daripada amalan-amalan soleh kita.

9. Berdoa kepada Allah. Teruskan berdoa dan banyakkanlah berdoa lebih-lebih lagi ketika waktu senang.

10. Mengingati Allah di mana jua kita berada pada waktu senang dan susah supaya hubungan kita dengan Allah sentiasa dekat. Bila kita dekat dengan-Nya maka semakin mudahlah Dia makbulkan doa dan permintaan kita.

Secara jujurnya, kita telah menggunakan pancaindera dengan sebaik-baiknya untuk mengembalikan semangat kita, iaitu dengan melihat, mendengar, menyebut, melafaz, menulis, mengingat dan berfikir.

Bila kita bersemangat maka kita akan rasa gembira, ceria, muka nampak berseri-seri, mudah senyum, buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan fokus, rasa sihat, cergas, cerdas, otak jadi cepat berfikir, ada banyak idea, mudah selesaikan masalah, bergerak pantas dan tangkas, rasa hebat, berani dan yakin. 

Sebenarnya saya rasa best! bila bersemangat! Ayuh bersemangat!

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!