Halaman

Rabu, 9 Disember 2009

Menghisab Diri


Ketika menghisab amalan yang dilakukan jangan membandingkan dengan orang yang kurang beramal daripada kita. Seharusnya kita membandingkan dengan orang yang lebih banyak beramal daripada kita.

Contohnya, kita mencontohi amalan Rasulullah yang kuat bertahajjud hingga bengkak betisnya, pecah tapak kakinya. Baginda lakukan itu kerana hendak menunjukkan syukurnya kepada Allah.

Adapun pada zaman ini masih ada lagi orang yang mencontohi amalan Rasulullah. Dia solat sunat dua rakaat dengan begitu lama. Pada setiap rakaat selepas bacaan al-Fatihah dia akan menghabiskan sejuzuk daripada ayat-ayat al-quran. Rukuk dan sujudnya juga lama.

Ini baru amalan solat sunat. Belum lagi dengan istighfar, zikir, bacaan al-Quran dan lain-lain. Semoga apabila melihat ada hamba Allah yang taat dan rajin beribadat kepada-Nya menjadi pemangkin atau inspirasi kepada kita supaya bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan memperbanyakkan amalan.

Bagaimanapun, amalan yang sedikit tetapi dilakukan dengan istiqamah adalah baik di sisi Allah. Oleh itu, lakukan amalan mengikut daya upaya dan kemampuan secara bertahap-tahap. Perkara yang paling penting ialah muhasabah diri setiap hari kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai kelemahan.

Tiada ulasan:

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!