Halaman

Ahad, 16 Disember 2012

Kalau Benar-benar Hendak Belajar Ilmu Agama

Allah Ta'ala berfirman:

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا (۱۱٤)

Maksudnya: Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku. (Thaha: 114)

Allah Ta'ala juga berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ (٩)

Maksudnya: Katakanlah: Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui, yakni berilmu dan orang-orang yang tidak mengetahui, yakni tidak berilmu. (Az-Zumar: 9)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ (١١)

Maksudnya: Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat. (Al-Mujadalah: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ (٢٨)

Maksudnya: Hanyasanya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya itu ialah para alim ulama. (Fatir: 28)

Daripada hadis Rasulullah s.a.w.:

عن معاوية رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. (متفق عليه)

Maksudnya: Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan. (Muttafaq 'alaih)

Pilihan Yang Tepat
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berilmu, berakal, berfikir, alim, diberikan ilmu oleh Allah, ditambahi ilmu oleh-Nya, mendapat ilmu yang berkat, sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal dengannya,  dan takut kepada-Nya.

Alhamdulillah, saya berasa pilihan saya adalah tepat. Pilihan saya ialah belajar ilmu agama dan melanjutkan pengajian ini ke peringkat yang seterusnya dan lebih tinggi lagi. insya-Allah. Yang menjadikan saya lebih yakin dengan pilihan saya ialah saya telah memilih Jamiah Iman sebagai tempat untuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pilihan utama saya apabila belajar di Yaman.

Sesungguhnya saya ada mendengar bahawa orang-orang Yaman kalau mereka benar-benar hendak belajar ilmu agama, mereka akan belajar di Jamiah Iman. Mereka tidak memilih jameah lain Meskipun ada banyak lagi jamiah lain di Sana’a, Yaman namun Jamiah Iman menjadi pilihan utama. Adapun jamiah lain adalah untuk belajar di bidang selain agama. Jadi, saya rasa saya wajar memilih Jamiah Iman kerana benar-benar hendak belajar ilmu agama.

Mungkin ada rahsia dan keistimewaannya. Daripada maklumat yang saya ketahui, jamiah ini mengutamakan al-Quran dan Hadis, belajar dari kulit ke kulit, mempelajari banyak madah, belajar dalam waktu yang lama iaitu selama 7 tahun baru dapat master, dan target jamiah ini ialah mahu pelajarnya yang telah menamatkan pengajian di peringkat master menjadi ulama. Ini adalah serba sedikit maklumat yang saya tahu. Mungkin banyak lagi.

Al-Quran Dan Hadis
Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah ada halaqah al-Quran. Halaqah al-Quran diadakan selepas solat subuh pada hari Sabtu hingga Khamis. Hari Jumaat cuti. Begitu juga dengan pengajian di kelas, iaitu hari Sabtu hingga Khamis. Dalam halaqah al-Quran semua pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran serta tasmi’. Ini adalah antara madah utama atau wajib di Jamiah Iman. Targetnya ialah setelah sampai tahun tujuh mereka sudah habis menghafaz 30 juzuk al-Quran. Inilah juga antara sebab saya memilih Jamiah Iman.

Selain itu, di sini ada belajar ilmu hadis. Ilmu hadis juga antara madah penting yang dipelajari di sini. Kalau hendak belajar ilmu hadis boleh belajar di Jamiah Iman. Bagi Orang yang berminat dengan ilmu Hadis mungkin akan memilih Jamiah Iman sebagai tempat dia menimba ilmu. Berkait dengan menghafaz hadis, itu adalah mengikut sukatan pelajaran. Kalau hendak hafaz banyak itu terpulang kepada masing-masing. Itu lagi bagus dan terbaik. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu daya. Tepuk dada tanya ilmu dan iman.

Ulama Besar Dan Tersohor
Sebab lain yang membuatkan saya memilih Jamiah Iman adalah kerana pengasasnya ialah Syeikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az-Zindani. Beliau merupakan ulama besar dan tersohor di seluruh Yaman. Beliau terkenal alim dengan ilmu I’jazul Ilmi. Melalui ilmu ini beliau berjaya mengislamkan ramai pakar saintis dan ilmuan barat. Ini membuatkan saya kagum kepadanya. Saya berharap agar dapat berjumpa dengan beliau pada suatu hari nanti.

Sebenarnya setelah pertama kali mendengar penerangan tentang I’jazul daripada sahabat saya yang juga pernah belajar di Yaman suatu masa dahulu, iaitu Ustaz Azuri telah membuatkan saya minat dengan ilmu ini. Ketika itu pada tahun 2006. Lagi pun saya memang minat ilmu sains. Jadi, apabila penemuan sains dikaji dengan berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis maka saya menjadi kagum dan teruja dengan ilmu ini. Apabila teringat tentang Jamiah Iman maka pasti saya akan teringat tentang Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dan I’jazul Ilmi.

I’jazul Ilmi
I’jazul Ilmi ialah ilmu yang mempelajari mukjizat al-Quran secara saintifik. Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. telah terlebih dahulu menyebut perkara-perkara yang berkait dengan kejadian alam semesta, langit, bumi, manusia, makhluk selain manusia, gunung-ganang, laut dan banyak lagi. Kesemua itu telah disebut dalam al-Quran sebelum penemuan dan kajian sains lagi.

Padahal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., manusia tiada alat untuk mengkaji hal-hal yang berkait dengan sains tetapi baginda telah menceritakannnya kepada manusia yang menunjukkan bahawa al-Quran bukanlah rekaannya tetapi sebenarnya daripada Allah s.w.t.. Inilah yang menunjukkan kebenaran al-Quran. Inilah juga yang dinamakan sebagai mukjizat al-Quran, iaitu mukjizat maknawi yang kekal sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, saya menjadi minat terhadap ilmu ini dan dalam masa yang sama bercita-cita hendak belajar di Jamiah Iman sejak tahun 2006 dan sebelum masuk KUDQI lagi. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya menjadi pelajar Jamiah Iman. Peluang ini tidak akan saya lepaskan begitu sahaja.

Sistem Pengajian
Menurut sistem pengajian di sini, pelajar akan belajar di peringkat ijazah selama empat tahun dan seterusnya disambung tiga tahun lagi untuk mendapatkan master. Selain itu, terdapat beberapa bidang yang ditawarkan kepada pelajar yang berjaya naik ke tahun empat seperti I’jazul Ilmi, Ulum Quran, Hadis, Usul Fiqh, Dakwah, Siasah Syariah dan sebagainya. Mereka dikehendaki memilih salah satu daripada bidang yang ditawarkan tersebut. Setelah itu mereka akan mempelajari bidang yang dipilih sehingga ke tahun tujuh.

Ketika di tahun tujuh mereka dikehendaki membuat tesis. Setelah berjaya menamatkan master mereka dikehendaki membuat kerja khidmat masyarakat selama setahun. Ini bergantung kepada urusan yang dibuat oleh pihak universiti. Contoh kerja khidmat masyarakat itu adalah seperti pelajar dihantar sama ada ke sebuah kampung, ke suatu daerah, ke sebuah negeri, ke sebuah negara untuk mengajar ilmu agama kepada masyarakat setempat. Ada yang dihantar mengajar sama ada di masjid, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di kolej dan di universiti. Ini adalah seperti latihan praktikal.

Lubuk Ilmu
Boleh dikatakan Jamiah Iman adalah antara lubuk ilmu, medan ilmu dan tempat belajar untuk orang yang benar-benar fokus kepada ilmu lebih-lebih lagi terhadap ilmu agama. Di Jamiah Iman sendiri banyak pengajian secara bertalaqi. Selain pelajarnya belajar dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi di dalam kelas mereka juga boleh bertalaqi di Jamiah Iman pada waktu lain. Mungkin waktu petang. Ini bermakna pelajarnya bukan sahaja mempelajari ilmu di dalam kelas semata-mata bahkan digalakkan belajar secara bertalaqi dengan mana-mana ulama yang terdapat di Jameah Iman.

Walau bagaimanapun, pelajarnya boleh sahaja kalau hendak bertalaqi di luar dari Jamiah Iman. Ini tiada sekatan dan halangan. Sesiapa yang rajin, tekun, gigih, dan bersungguh-sungguh pasti akan berbuat demikian. Kalau bertalaqi di luar mungkin pada waktu malam. Jadi, perkara yang penting dalam hal ini adalah mesti bijak mengurus masa. Namun demikian, setiap orang itu ada tahap kemampuan, kebijaksanaan, kecerdasan masing-masing.

Oleh hal yang demikian, dalam usaha mencari ilmu mesti ada perancangan dan juga ukur baju di badan sendiri supaya tidak berlaku yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran. Sekiranya tidak berbuat demikian bimbang kelak akan penat, letih, berputus asa, tidak istiqamah, seperti hangat-hangat tahi ayam dan melepaskan batuk di tepi tangga.

Perancangan
Kalau saya, pada tahun pertama ini mungkin perlu fokus kepada dan mantapkan al-Quran dan  bahasa Arab dulu. Sebagai pelajar Qismu Lughah saya perlu menghafaz al-Quran sebanyak sekurang-kurangnya lima juzuk. Ini kerana tahun satu peringkat ijazah kena menghafaz al-Quran sebanyak lapan juzuk. Jadi, sebelum masuk ke tahun satu hafazan al-Quran itu mesti benar-benar mantap.

Adapun bahasa Arab, saya perlu belajar sehingga boleh bercakap dalam bahasa Arab, faham percakapan orang Arab, baca kitab Arab dan menulis ayat dalam bahasa Arab. Insya-Allah. Bercakap, mendengar, membaca dan menulis dalam bahasa Arab adalah penting kerana bahasa perantaraan di sini adalah 100% bahasa Arab. Jadi, bagaimana hendak belajar kalau tidak pandai bahasa Arab.

Sekiranya tidak pandai bahasa Arab kesannya adalah sukar memahami pelajaran yang diajar oleh guru sama ada ketika belajar di dalam kelas atau secara bertalaqi. Hal demikian seperti duduk dan mendengar semata-mata tetapi tidak faham. Oleh itu, saya kena mantapkan bahasa Arab dulu pada tahun pertama ini. Insya-Allah. Orang kata kalau tinggal di asrama lagi cepat dapat bahasa Arab kerana bercampur dan bergaul dengan orang-orang Arab, Somalia, Senegal, Nigeria, Filipina dan bangsa asing yang lain.

Demikianlah beberapa perkara yang ingin saya sampaikan dalam entri ini. Semoga yang baik itu dimanfaatkan dan yang tidak baik itu dijauhkan. Sebagai penutup, selagi mampu dan masih muda, teruskan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya serta menjadi orang yang benar-benar hendak belajar ilmu agama supaya tidak menyesal pada kemudian hari, apabila sudah bekerja dan tua nanti. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berilmu, berakal, berfikir, alim, diberikan ilmu oleh Allah, ditambahi ilmu oleh-Nya, mendapat ilmu yang berkat, sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan takut kepada-Nya. Amin.

Sekian, Wallahu’alam.

Teladan Ulama Dalam Menuntut Ilmu


Buah ketekunan mujahada para ulama kita, dapat dinikmati oleh jutaan kaum muslimin di seluruh dunia sampai kini

Di kalangan mufassir, siapa yang tidak kenal Abdullah bin ‘Abbas? Semasa hidupnya, ia dikenal sangat gigih menimba ilmu dari para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam, seperti  Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali Radhiallahu Anhu. Tak heran anak paman Nabi ini mendapat gelar Turjumanul Qur’an (ahli tafsir Qur’an). Bahkan karena kecerdasannya dalam masalah agama, ia diikutkan dalam majelis syuro bersama sahabat-sahabat Badar.

Salah seorang murid istimewanya, Mujahid ibnu Jabr (Imam Mujahid), seorang ulama dari generasi tabi’in berkata, sebagaimana diriwayatkan oleh Fudhail bin Maimun, “Aku belajar kepada Ibnu ‘Abbas sebanyak tiga kali pengulangan. Ketika berhenti dalam setiap ayat, aku bertanya kepadanya tentang ayat itu, di mana, kapan dan bagaimana diturunkan. Kami menggali hikmah dalam setiap ayat, hukum-hukumnya, pemahaman dan rahasia pengetahuannya.” 

Ketekunan lain ditunjukkan oleh sahabat Abdullah bin Mas’ud. Ia hampir tidak pernah tertinggal dari kegiatan Rasulullah SAW dalam berbagai keadaan. Dialah salah satu sahabat yang selalu mempersiapkan sandal Nabi, membantu keperluan dan menyediakan air wudhunya. Sampai ia berkata, “Tidaklah ada satu surat dan ayat Al Qur’an diturunkan, kecuali aku mengetahui di mana dan kapan diturunkan serta mengenai masalah apa ayat tersebut berkaitan. Sungguh, seandainya ada orang yang lebih alim tentang Al Qur’an, niscaya aku akan belajar kepadanya walau dengan menunggang unta yang jauh jaraknya.” Karena kecemerlangannya dalam ilmu agama, ia dijuluki sebagai ulamanya para sahabat.

Umar bin Khathtab yang disibukkan dengan perdagangan tidaklah lepas kesungguhannya untuk terus mempelajari ilmu dari Rasulullah. Ia bergantian dengan sahabat Anshor Bani Umayyah bin Zaid mendatangi majelisnya Nabi. Demikian juga yang lainnya, jika salah seorang berhalangan, maka akan bertanya kepada yang hadir.

Seseorang yang telah lanjut usia titip pertanyaan kepada murid Imam Ahmad bin Hanbal untuk diteruskan kepada sang guru, apakah masih perlu ia menuntut ilmu? Imam Ahmad menjawab, “Kalau  ia masih pantas untuk hidup, maka pantas pula ia menuntut ilmu.” Dalam kesempatan lain Imam Ahmad ditanya, “Sampai kapankah seseorang belajar?” Beliau menjawab, ”Sampai kamu masuk kubur!”  Untuk keperluan menuntut ilmu, Imam Ahmad pernah berangkat dari Madinah ke Baghdad belajar kepada Imam As-Shon’aniy dengan perjalanan berhari-hari.

Abdul Qadir Jailani pernah ditimpa kelaparan dan hampir mati karena kehabisan bekal dalam menuntut ilmu. Dia pun pernah pergi ke padang rumput dan mencari pucuk-pucuk daun tumbuhan untuk dimakan demi menyembuhkan rasa laparnya.

Siapa yang tidak kenal Imam Bukhari? Dalam mempelajari hadits, ia memiliki guru lebih dari 1000 syeikh. Ia  melakukan perjalanan yang panjang. Buah dari ketekunannya, ia berhasil mengumpulkan lebih dari 10 000 hadits.

Waktu-waktu malam hari, biasanya ia habiskan untuk mengulang dan menelaah ilmu yang ia dapatkan hingga pernah menyalakan lampu lebih dari 20 kali dalam semalam untuk menghafal hadits dan sanadnya.  Jarak yang jauh dari sumber ilmu, tidak membuatnya patah arang. Ia tidak segan menjelajah gurun pasir yang panas, menembus badai dan kota-kota untuk mendapatkan hadits dari kota Bukhoro (Uzbekistan, Asia Tengah) hinga ke Makkah dan Madinah. 

Menghargai Waktu 

Penghargaan dan perhatian ulama dalam menggunakan waktu memang luar biasa. Imam Ibnu Abi Hatim ketika mau makan kue, ia menunggu sampai kering, setelah kering dicelupkan dalam air.

Ketika kebiasaan itu ditanyakan oleh muridnya, ia menjawab, “Berapa menit waktuku terbuang hanya untuk mengunyah makanan berlama-lama. Masih banyak hal dari agama ini yang belum aku ketahui. Kalau roti tersebut kering lantas aku celup dengan air, bukankah hal ini mempercepat waktu makan dan hasilnya pun sama.”

Demikian pula dengan Imam mujtahid abad ini, syeikh Nashiruddin Al-Albani. Menurut penuturan murid-muridnya, ia terkadang memilih jalan lurus dan pintas dari pada yang berbelok-belok demi menyingkat waktu. Kadang juga berdiri berjam-jam di perpustakaan. Keluar perpustakaan hanya untuk hajat dan shalat. Hasil kegigihannya dapat kita rasakan sekarang, yaitu karyanya yang spektakuler berupa Silsatul Ahaditsis-shohihah dan mau’dzu’at. Sehingga hampir tidak ada hadits di dunia kecuali telah ditakhrijnya dengan lengkap.

Imam Syafi’I berkata, “Bermalam-malam untuk menelaah ilmu lebih aku sukai dari pada tidur bersama wanita cantik dan kaya.” Beliau juga berkata, “Wahai saudaraku, engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam perkara yang mesti dipenuhi. Yaitu semangat, kesungguhan, kecerdasan, perbekalan  yang cukup, petunjuk guru dan panjangnya waktu.” Kamar beliau penuh dengan kitab-kitab, hingga hanya sekadar untuk selonjor pun sulit.

Demikian besar mujahadah para ulama kita dalam memperjuangkan dakwah Islam. Mereka mengerahkan segala yang dimiliki untuk mempelajari dan menjaga ilmu-ilmu Islam.

Alhasil, buah dari ketekunan mereka pun dapat dinikmati oleh jutaan kaum muslimin di seluruh dunia. Baik berupa kumpulan hadits, tafsir, kamus,  maupun kitab-kitab syari’at dan akhlak yang sangat berfaedah bukan saja untuk manusia sezamannya, tetapi juga untuk umat yang datang kemudian. 

Semangat Menyala 

Imam Jauzi mengatakan, “Semangat para ulama mutaqaddimin sangat luar biasa dalam menuntut ilmu.” Di antara ulama ada yang masih sempat bertanya kepada ulama lain menjelang wafatnya. Ketika ditanya mengapa masih sempat melakukan hal demikian, ia pun menjawab, “Aku meninggal dalam keadaan mengetahui satu bab lebih baik daripada tidak mengetahuinya.”

Di antara mereka juga ada yang belajar di bawah cahaya rembulan seperti Jarir bin Hasyim. “Aku belajar kepada Al-Hasan selama tujuh tahun, dan selama kurun itu, aku tidak pernah absen,” katanya.

Selain secuil kutipan di atas, masih banyak lagi kegigihan yang dicontohkan ulama-ulama besar yang sungguh di luar nalar manusia awam dalam menekuni ilmu. Sebutlah misalnya, Imam Ibnu Qayyim Al-Juziyah, murid dari Ibnu Taimiyah yang mampu mengarang kitab Zaadul Ma’aad dalam perjalanan hajinya. Kitab tersebut terdiri 6 jilid, masing-masing jilid rata-rata 400 sampai 500 halaman.

Ada lagi Ibnu Hajar Al-Asqalani yang belajar Sunan Ibnu Majah dalam empat majelis, Shahih Muslim dalam empat majelis, Sunan Nasai dalam dua majelis, yang semua dilakukan dalam waktu yang sangat padat. Beliau juga menelorkan karya istimewa, yaitu kitab Fathul Bari syarah Shahih Bukhari yang digambarkan sebagai penutup hijrah pencerahan, yang artinya tidak ada yang mampu menandingi kitab syarah karya beliau yang lebih lengkap sesudahnya. Subhanallah! 

Akhirul Kalam 

Umat yang hidup hari ini layak bersyukur atas buah dari mujahadah mereka yang tak kenal lelah. Terbuktilah bahwa keterpaduan kecerdasan, kekuatan hafalan, kefasihan dan keindahan tutur kata, keluhuran akhlak, ketekunan ibadah yang luar biasa, ditambah dengan kemauan yang kuat, telah melahirkan karya yang tak lekang oleh zaman.

Manusia pun berbondong-bondong ingin menghilangkan dahaga rohaninya dengan mereguk karya-karyanya. Merekalah orang-orang pilihan Allah. Semoga kita  dapat memetik sekuntum hikmah dari kisah di atas.   [Mardiansyah/sahid/hidayatullah.com]

Sumber: http://www.hidayatullah.com/kajian-a-ibrah/12520-teladan-ulama-dalam-menuntut-ilmu 

Diambil dari: www.darulkautsar.net

Jumaat, 14 Disember 2012

Berjuang Politik Demi Memartabatkan Islam

Sesungguhnya Al-Quran ini untuk menjadikan ingatan kepada kamu dan juga menjadikan ingatan kepada kaum kamu dan kamu suatu hari nanti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. 
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” (Surah An-Nahl ayat 89)

Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: “mana-mana orang yang ingatan kepada aku dalam satu kumpulan aku akan ingat dia di dalam kumpulan dia yang terbaik.” 

Ini kelebihan kita memperjuangkan Islam tidak memperjuangkan Melayu, ada sahaja yang berlaku ke atas Islam seluruh dunia sama ada di negeri Arab atau Eropah sama ada di Timur dan Barat sekalipun mengikut Islam, kita terlibat sama. 

Kita bukan memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa Melayu, perlu apa orang Arab datang, perlu apa orang Cina sokong. Kita kena ingat hakikatnya kejadian manusia itu bukanlah dibangkitkan atas pengenalan bangsa. Firman Allah SWT. 
Maksudnya: “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.” (Sura Al-’Alaq 96:2)

Oleh sebab itu, Islam datang daripada Allah diturunkan kepada manusia . Diletakkan pada manusia, tidak meletakkan pada malaikat. Malaikat pun tidak bertanggungjawab mengenai Islam, bahkan malaikat menjadi alat untuk menyokong Islam di kalangan manusia.

Bersandarkan maksud sabda Nabi Muhammad SAW, antara lainnya, “mana-mana orang yang sebut nama aku dalam kumpulan ramai, maka aku akan sebut dia dan ingat dia di dalam kumpulan yang berbaik, aku sebut depan malaikat.”

Atas asas ini, setiap kita yang bercakap mengenai Islam, mengenai masalah yang menimpa orang Islam sama ada di Palestin, di Malaysia sekalipun, maka seumpama kita bercakap mengenai Islam atas manusia dalam kumpulan ramai seperti mana maksud sabda Nabi SAW.

Inilah kelebihan apabila kita memperjuangkan Islam. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Namun, tempat kita ini, ada had-had pula dan bukan semua pihak yang boleh menggunakan ruang dan tempat yang ada. Hanya kumpulan tertentu sahaja dibolehkan. Misalnya di dalam radio (kita kumpulan Islam) tidak bebas untuk menerangkan Islam kerana ia milik orang lain punya.  macam kita bukan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan stesen tv. Tv yang ada juga milik orang lain. Begitu juga surat khabar, ia surat khabar orang lain punya.

Oleh yang demikian, kita baca surat khabar, kita bercakap mengenai fikiran orang yang tertentu sahaja. Mungkin yang kita baca itu bukan sefahaman dengan kita dan mungkin juga mereka yang menentang perjuangan Islam. Ini kelemahan bagi pejuang Islam. Kelemahan berpunca daripada kezaliman pihak yang cuba menyekat perjuangan Islam daripada berkembang di tanah air kita.

Realitinya perjuangan Islam sedang berhadapan dengan suasana tidak adanya kebebasan (maklumat). Macam kita bukan rakyat Malaysia yang berhak bercakap. Maka mereka (yang berkuasa, tidak bersama dengan perjuangan Islam) sudah tentu tidak akan meluluskan lesen radio dan tv hatta permit surat khabar pun turut disekat. Ini sekatan (menyebabkan kita kekurangan) sedang menimpa diri kita. Oleh sebab itu, janganlah kita lalai dan lupa untuk terus menyebut persoalan politik sebagai salah satu cabang dalam perjuangan Islam. Harapnya, atas keizinan Allah, kesedaran akan berlaku kalangan umat Islam boleh bersama berjuang Islam demi mendapat kuasa politik sebagai cara merungkai apa jua cabaran dan memartabatkan perjuangan Islam.

Catatan ucapan meraikan tokoh ulama terkenal dari Syria, As-Syeikh Ali-As-Sobuni, di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 27 Muharam 1434/11 Disember 2012.

Mazbah Sana'a Yaman Terkenal Dengan CC Laju

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat-sihat belaka. Semoga sentiasa ceria, gembira dan bahagia. Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk beramal dan berbakti. 

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kepada Allah pada pagi Jumaat yang mulia ini. Mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur kepada-Nya serta bertaqwa kepada-Nya. Sebagaimana setiap kali khatib berkhutbah berpesan kepada para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah dan sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa.

Hari ini saya ini bercerita tentang cyber cafe yang ada di Jaulah Mazbah. Kita orang Malaysia biasa sebut cyber cafe itu ialah cc. Jadi, untuk memudahkan bahasa kita sebut cc.

Boleh dikatakan cc di Mazbah ini ada dalam 4, 5 tempat. Ramai orang kata kalau hendak guna internet pergi  ke cc Mazbah kerana ada 1,  2 buah cc di Mazbah line internetnya laju. Jadi, sebab itulah mazbah terkenal dengan cc laju.

Ini tidak dinafikan sebab orang tinggal di kawasan iman pun sanggup datang ke Mazbah kerana semata-mata hendak online. Kata mereka line internet di iman tidak laju. Mungkin Mazbah ini sudah dekat dengan bandar, bandar sana'a.

Sana'a adalah bandar bagi negara Yaman. Namun begitu, Eden lebih bersih dan maju daripada Sana'a walaupun sana'a adalh bandar bagi negara Yaman. Ini yang saya tahu dan dengar daripada orang Malaysia yang sudah lama duduk di sini. Setakat ini sahaja yang tahu tentang Yaman buat masa ini. Insya-Allah kalau saya tahu cerita lain saya akan ceritakan kepada anda nanti. Insya-Allah.

Saya rasa setakat ini dahulu kalam bicara saya pada pagi Jumaat ini. Cukuplah sekadar ini kerana hendak siap-siap untuk solat Jumaat. Saya tidak mahu lewat pergi solat Jumaat. Insya-Allah berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Khamis, 13 Disember 2012

Tak Sabar-Sabar Rasanya Nak Tengok Oley 2

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya. Semoga sentiasa ceria, gembira, bahagia dan sejahtera.

Tak sabar-sabar rasanya nak tengok oley 2. Mudahan-mudahan dengan oley 2 ni kita lebih faham tentang Islam, hudud, syariat Islam, dakwah, tarbiyah, sahsiah Islamiyyah, siasah Islamiyyah, harakah Islamiyyah, Pas, Pakatan rakyat, tahaluf siasi, negara berkebajikan dan sebagainya.

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!