Halaman

Memaparkan catatan dengan label Relaks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Relaks. Papar semua catatan

Isnin, 28 September 2015

Cuti Lagi

Hari ni tak payah pergi kerja. Hari ni cuti lagi. Jadi, hari ni adalah hari cuti tambahan. Cuti sebab darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah jerebu. Ada kawasan berada pada tahap yang tidak sihat dan amat tidak sihat.

Kena duduk rumah. Kena kurangkan melakukan aktiviti di luar. Kalau ada, kena pakai topeng penutup mulut untuk menjaga kesihatan.

Ok la... not bad... masa yang ada ni boleh la siapkan kerja-kerja yang belum siap. Manfaatkan masa.

Rasa rileks sikit... tak stress sangat sebab semalam dan kelmarin dah sibuk dengan program hari keluarga di rumah pak cik di Sekinchan. Jadi, hari ni saya akan cuba selesaikan kerja-kerja yang telah tertangguh itu, insya-Allah.

Jumaat, 18 September 2015

Yang Benar Itu Benar, Yang Salah Itu Salah

Ini suatu pemerhatian sahaja. Tidak pasti betul atau tidak. Sekiranya salah boleh diperbertulkan.

Mula-mula, jatuhkan orang-orang kuat presiden. Tujuannya supaya tiada orang yang boleh backup presiden sekiranya berdepan dengan masalah, maka mudahlah hendak menghentamnya. Ini juga cara untuk menjatuhkan presiden selepas itu.

Setelah presiden tidak di kelilingi oleh orang-orang kuatnya (sangkaan orang yang kerjanya menjatuhkan orang) pasti presiden pun akan jatuh sama. Presiden mudah dihentam, dilawan, dikalah dan diperkotak-katikkan.

Sebenarnya presiden ini bukan calang-calang orangnya. Beliau seorang yang dekat dengan Allah s.w.t. Walaupun zahirnya nampak bersendirian namun Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.

Pada mulanya, ahli-ahli bawahan merasakan bahawa orang-orang kuat presiden adalah dalang bagi kerja-kerja mengkhianati presiden dan jemaah. Inilah salah faham yang berlaku pada masa itu. Sebenarnya itu adalah fitnah. Mereka tidak tahu gerangan sebenarnya yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah.

Sebaliknya, orang-orang kuat presiden adalah orang yang membantu presiden dan jemaah serta bersama-sama memperjuangkan Islam.

Pada masa itu, ahli-ahli bawahan tidak kenal watak sebenar kumpulan yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah. Perkara ini disedari setelah mereka dinaikkan menjadi pimpinan.

Sepanjang tempoh tersebut, presiden bersabar sahaja dengan karenah mereka. Manakan tidak, mereka asyik bercanggah pendapat dan tindakan dengan presiden. Ada yang membelakangkan presiden. Ada juga yang bersikap lebih menyayangi presiden orang lain daripada presiden sendiri.

Takdir Allah s.w.t sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Akhirnya, ahli-ahli sedar tentang perkara ini dan bersatu memilih orang-orang yang sewajarnya menjadi pimpinan bagi Jemaah mereka. Setelah itu, kumpulan yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan Jemaah pun jatuh beramai-ramai.

Mereka tidak Berjaya. Mereka sedih dan berasa hati terhadap perkara yang berlaku ke atas mereka.

Akibat rasa terkilan, mereka keluar daripada jemaah dan menubuhkan jemaah baru. Katanya jemaah itu lebih memperjuangkan Islam dan mempedulikan rakyat serta berkebajikan. Entah ya entah tidak. Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Hari ini, kita sudah diperlihatkan yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Untuk berada di jalan yang benar kita mesti beristiqamah. Dalam istiqamah pula mesti ada keikhlasan. Oleh itu, marilah beristiqamah hingga kemenangan.

Ahad, 13 September 2015

Sebenarnya Ada Lagi Yang Lebih Hebat Daripada Kita

Ketahuilah, sesungguhnya...
Kalau kita rasa kita hebat sebenarnya ada lagi yang lebih hebat daripada kita...
Kalau kita rasa kita kuat sebenarnya ada lagi yang lebih kuat daripada kita...
Kalau kita rasa kita berkuasa sebenarnya ada lagi yang lebih berkuasa daripada kita...
Kalau kita rasa kita bagus sebenarnya ada lagi yang lebih bagus daripada kita...
Kalau kita rasa kita baik sebenarnya ada lagi yang lebih baik daripada kita...
Kalau kita rasa kita bijak sebenarnya ada lagi yang lebih bijak daripada kita...
Kalau kita rasa kita kaya sebenarnya ada lagi yang lebih kaya daripada kita.

Ketahuilah, sesungguhnya...
Kalau kita rasa kita lemah sebenarnya ada lagi orang yang lebih lemah daripada kita...
Kalau kita rasa kita susah sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah daripada kita...
Kalau kita rasa kita miskin sebenarnya ada lagi orang yang lebih miskin daripada kita...
Kalau kita rasa kita faqir sebenarnya ada lagi orang yang lebih faqir daripada kita...
Kalau kita rasa kita sibuk sebenarnya ada lagi orang yang lebih sibuk daripada kita...
Kalau kita rasa kita sakit sebenarnya ada lagi orang yang lebih sakit daripada kita...
Kalau kita rasa kita menderita sebenarnya ada lagi orang yang lebih menderita daripada kita.

Ketahuilah, sesungguhnya...
Siapakah sebenarnya yang lebih hebat daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih kuat daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih berkuasa daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih bagus daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih baik daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih bijak daripada kita?
Siapakah sebenarnya yang lebih kaya daripada kita?

DIA adalah ALLAH s.w.t. Tiada siapa yang dapat menandinginya!

Subhanallah, Segala Puji Tertentu Bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Manakala kita adalah hamba-Nya yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Kita tidak punya apa-apa. Apa yang kita sedang miliki, kecapi dan nikmati semuanya adalah kepunyaan Allah s.w.t.

Oleh itu, ingatlah, bersyukurlah, bersabarlah, beristiqamahlah, bertenanglah, bergembiralah, kuatkanlah semangat, tingkatkanlah usaha, yakinlah, janganlah marah, janganlah banyak merungut dan mengeluh, janganlah berputus asa dan mengalah, janganlah bersangka buruk, janganlah bersedih dan berdukacita.

Selasa, 8 September 2015

Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa…

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...balik kampung oh oh...balik kampung oh oh...
hati girang

Tapi saya bukannya hendak balik kampung. Saya hendak balik ke rumah. Balik dari tempat kerja. Sebenarnya Lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman bin Haji Arshad adalah lagu yang kadang-kadang saya nyanyikan semasa perjalanan pulang ke rumah.

Maklumlah jarak perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang jauh maka kadang-kadang terasa tidak seronok di hati. Hendak pergi ke tempat kerja jauh, hendak pulang ke rumah pun jauh. Itu yang tidak seronok. Namun, untuk menyeronokkan hati maka kadang-kadang lagu Balik Kampung ini saya dendangkan ketika menunggang motosikal.

Perjalanan jauh saya ini memang terasa. Rasa penat sangat dan meletihkan. Dalam fikiran selalu terfikir, “bilalah nak sampai ke rumah? Jauh lagi ke?”.

Apa-apa pun sabar itu menjadi penguat untuk menenmpuh perjalanan ini. Barangkali ada orang yang lebih jauh perjalanannya daripada saya. Kita saja yang tidak tahu.

Apabila menyebut tentang perjalanan yang jauh, saya jadi teringat tentang perjalanan hidup saya yang masih panjang dan jauh. Banyak perkara yang harus saya tempuh. Banyak ilmu yang ilmu yang harus saya pelajari serta banyak pengalaman yang harus saya timba.

Ini baru di dunia, di akhirat entah bagaimana. Perjalanannya lebih jauh dan panjang, dan memakan masa yang sangat lama. Hanya iman dan amalan soleh yang banyak akan memudahkan urusan kita di sana.

Akhirat adalah kampung abadi kita. Syurga adalah tempat kediaman terbaik untuk kita. Oleh itu, ketika di dunia ini jadilah orang yang beriman dan beramal soleh.

Sekadar ini sahaja pesanan ini buat memperingati diri saya dan kepada anda semua. Kadang-kadang beginilah fikiran saya apabila menempuh jalan yang jauh pasti saya akan teringat perjalanan yang jauh di akhirat sana.

Akhir kata, semoga perjalanan yang jauh menjadi dekat, perjalanan yang memakan masa yang lama menjadi sekejap, perjalanan yang lambat menjadi cepat, perjalanan yang membosankan menjadi menyeronokkan, perjalanan yang menyedihkan menjadi menggembirakan dan Allah s.w.t sentiasa menunjukkan jalan yang lurus kepada kita supaya selamat di dunia dan di akhirat.

Perjalanan Yang Jauh

Kini, hampir setahun saya bekerja di SRI Al-Quran Akademi Al-Marjan USJ 12. Bekerja sebagai seorang ustaz di sana. Begitu cepat masa berlalu. Saya masuk mengajar pada bulan sepuluh tahun lepas ekoran tiddak dapat meneruskan pengajian di Yaman kerana perang.

Disebabkan perang teruk di Yaman saya mengambil keputusan untuk tangguh sambung belajar. Jadi, saya membuat keputusan untuk bekerja dulu. Alang-alang sudah tinggal di Malaysia, saya buat plan lain pula. Plan saya ialah bekerja, kumpul duit dan membina kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ibarat rezeki datang bergolek saya mudah mendapat kerja pada masa itu. Ada kekosongan di SRI Al-Quran Akademi Al-Marjan. Jadi, setelah istikharah tanpa berlengah saya pun bersetuju untuk berkerja di sana.

Kalau ikutkan kerja di sekolah itu relaks dan santai sahaja. Bekerja dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. 4 jam sahaja. Sekejap. Nampak mudah bukan? Gaji pun Alhamdulillah boleh tahan juga. Tidak sedikit sangat dan tidak banyak sangat. Gaji tersebut memadai dengan waktu kerja dan tugasan. Cuma tiada KWSP. Juga terdapat kekurangan yang tidak mahu saya sebutkan di sini.

Biasalah, kerja di mana-mana pun ada kelebihan dan ada kekurangannya. Tidak semua yang perfect.

Bagaimanapun, perkara yang meletihkan saya ialah perjalanan yang jauh pergi balik antara rumah dengan sekolah. Jauh sangat. Ramai kawan saya kata saya bekerja si tempat yang jauh. Ada yang mencadangkan saya cari kerja dekat dengan rumah. Ini lebih berbaloi dan menguntungkan.

Jarak perjalanan saya dari rumah pergi ke sekolah lebih kurang 47 kilometer. Begitu juga jarak dari sekolah balik ke rumah. Lebih kurang sama. Jadi, setiap hari saya akan menunggang motosikal sejauh kira-kira 94 kilometer. Lagi sedikit hendak hampir 100. Senang cerita lebih kurang 100 kilometer.

Kata orang-orang tua atau kata pepatah, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Namun, saya lain pula. Jauh perjalanan banyak meletihkan. Memang letih. Menunggang motosikal dengan perjalanan yang jauh sangat meletihkan. Berbeza dengan memandu kereta. Lebih relaks, rehat dan santai tetapi kalau jalan sesak kena banyak bersabar. Kalau motosikal boleh dan mudah mencelah tetapi kena berhati-hati juga supaya selamat sepanjang perjalanan.

Apabila difikir-fikir dan dikira-dikira perjalanan yang jauh tidaklah menguntungkan sangat kerana apabila ditolak dengan masa, minyak, dan tenaga. Boleh dikatakan saya mengambil lebih kurang sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan pulang. Jadi, apabila dikira dengan waktu bekerja maka masa saya berada di luar rumah ialah 6 jam.

Kalau orang lain mungkin ibarat masa 2 jam perjalanan saya itu boleh buat macam-macam perkara. Boleh siapkan macam-macam kerja. Namun, masa saya itu dihabiskan di atas jalan dan motosikal.

Sebab itulah apabila waktu malam saya letih sangat. Mengantuk sangat. Hendak buat kerja lain pun susah. Tidak boleh focus. Jadi, akhirnya saya membuat keputusan lebih baik tidur sahaja. Sedar-sedar subuh. Akibat letih, masa tidur pun jadi panjang. Itu pun kira dating sifat malas. Letih campur malas sama dengan kerja tidak siap atau menjadi.

Rasa letih dan malas ini memang kena lawan. Memang kena perang juga. Namun, apakan daya tubuh badan ini letih sangat.

Sehari boleh dikatakan RM 5 saya isi minyak. Kalau sebulan sudah berapa? RM 5 x 30 = RM 150. Boleh dikatakan saya bekerja tiap-tipa hari. Sabtu Ahap pun berkerja. Sabtu Ahad ajar mengaji al-Quran untuk kelas Kafa hujung minggu. Kelas itu di sekolah itu juga. Kiranya kerja Sabtu Ahad ini untuk tambah income sayalah.

Jadi, apabila difikir-difikirkan saya kena cari pekerjaan yang dekat dengan rumah. Ini lebih menguntungkan dan berbaloi. Jimat duit minyak, masa dan tenaga. Tenaga pun penting. Apabila kita bertenaga kita akan dapat buat banyak dan pelbagai kerja. Harap-harapnya plan saya ini menjadi.

Sabtu, 5 September 2015

Semua Benda Kena Bayar

Hidup pada zaman sekarang tiada yang percuma. Semua benda kena bayar. Bayar pula dengan harga yang mahal dan tinggi. Mahu tidak mahu, kena bayar juga kerana benda yang dibayar itu adalah barang keperluan. Inilah masalah yang kita hadapi apabila harga barang keperluan melebihi duit pendapatan.

Memang semua benda kena bayar. Tiada yang percuma. Naik highway kena tol. Naik kereta atau motorsikal kena beli minyak petrol. Harga minyak petrol selalu naik berbanding harga turun. Kalau turun pun alah sedikit sangat. Turun hanya RM 0.10 sahaja. Kalau naik, berganda-ganda. Kedekut sangat.

Kenapa tak turun RM 1.00 ke? RM 2.00 ke? RM 5.00 ke? Turun banyak-banyakkan bagus. Apa salahnya? Lebih menjimatkan duit kita semua. Kesian-kesian. Memang kesian. Siapalah gerangan yang sudi berasa kesian kepada kita?

Entahlah, tak tahu nak jawab macam mana?

Seolah-olah kehidupan hari ini adalah nafsi-nafsi. Ini baru di dunia, sudah nafsi-nafsi. Belum lagi di akhirat, lagi-lagilah nafsi-nafsinya. Kau hal kau. Aku hal aku. Sukakah kita hidup dalam keadaan masing-masing pentingkan dirinya sendiri?

Aduh, kehidupan hari ini memang mencabar! Sabar sahajalah.

Teringat kisah dua orang yang bernama umar, iaitu Saidina Umar al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz. Mereka adalah ketua pemerintah negara yang mempunyai sikap keprihatinan dan kepedulian yang tinggi kepada seluruh rakyat mereka.

Mereka sentiasa mendahulu dan mengutamakan kepentingan rakyat daripada diri mereka sendiri. Inilah pemimpin yang sepatutnya dicontohi dan diteladani. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya hari ini ada pemerintah yang baik, bagus, berhati mulia, bertanggunggjawab, adil dan kasih kepada rakyat seperti mereka berdua.

Barangkali kalau hari ini ada pemerintah seperti mereka berdua tak semua benda kena bayar. Benda yang penting-penting dan wajib dibayar sahaja yang kena bayar. Kan best macam ni. Tak nak ke?
Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!