Halaman

Khamis, 22 November 2012

Soalan Mudah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua sihat wal-afiat hendaknya.

Hari ini saya ingin bercerita tentang soalan pereksa.

Dulu, semasa saya belajar di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) saya banyak kali terfikir tentang soalan pereksa yang dibuat oleh Ustaz Nik. Soalannya mudah. Kalau ikut pelajaran yang diajarnya boleh dikatakan semua tajuk diajar oleh beliau. Namun, saya terfikir kenapa soalannya mudah.

Pada saya beliau seorang yang alim, banyak ilmu dan masa belajar dulu beliau merupakan best student tapi soalan pereksa yang dibuatnya mudah. Ramai pelajar lama menyatakan bahawa beliau mahu membantu pelajar. Ustaz Nik Memang seorang yang baik hati. Suka membantu orang lain.

Pada saya kalau seseorang itu best student semasa zaman belajarnya mungkin ketika dia menjadi seorang guru akan memberi atau membuat soalan yang susah dan mencabar untuk pelajarnya. Namun, hal ini tidak berlaku kepada Ustaz Nik. Pada saya, beliau seorang guru yang hebat. Alim tapi buat soalan yang senang.

Kini, setelah belajar di Jameah Iman, setelah seminggu ambil pereksa baru saya mengerti kenapa Ustaz Nik buat soalan senang. Rupa-rupanya soalan di Jameah Iman pun mudah. Lebih mudah daripada KUDQI. Pada saya mungkin Ustaz Nik mengambil kaedah atau format soalan pereksa yang ada di Jameah Iman. Mungkin. Ini sangkaan saya saja.

Sememang soalan pereksa di Jamaeah adalah mudah. Namun, dengan syarat mesti baca buku, belajar, ulang kaji, kuat menghafal dan rajin datang kelas. Kalau tak baca buku susah juga nak jawab soalan. Tak boleh jawab nanti tembak saja. Tak boleh amalkan sikap begini.

Kalau nak mumtaz, mesti rajin dan bersungguh-sungguh. Jadi, setelah seminggu ambil pereksa ni saya rasa saya perlu lebih rajin, bersungguh-sungguh ulang kaji dan kena kuat menghafal. Insya-Allah. Saya juga kena ubah cara belajar. Saya kena ingat semula bagaimana bentuk soalan pereksa bagi setiap madah yang telah diambil sepanjang seminggu ini. Ini untuk persediaan akan datang.

Akhir kalam, kalau nak berjaya mesti berusaha! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi.

Ahad, 18 November 2012

Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua sihat wal-afiat hendaknya.

Minggu ni di Jameah Iman merupakan minggu peperiksaan bagi semester akhir. Peperiksaan ini tidak wajib kepada pelajar baru macam saya tapi hanya wajib kepada pelajar lama sahaja.

Kalau pelajar baru nak ambil pereksa pun tidak menjadi masalah. Lagi bagus. Kata orang ambil pengalaman. Jadi, saya pun ambil peperiksaan ini. Bak kata peribahasa untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Bagi pelajar baru kalau dapat banyak mumtaz dan markah keseluruhan lebih daripada 1000 ke atas maka mereka akan boleh naik ke tahun satu ijazah. Kalau gagal tidak menjadi apa-apa masalah. Ini yang saya dengan daripada senior-senior.

Bagi pelajar lama mereka mesti lulus bagi semua madah supaya boleh naik tahun kalau tidak mereka kena ambil pereksa semula atau mengulang tahun. Kalau gagal maka rugi masa. Kalau boleh jangan rugi masa. Kena target bila nak habis sebab umur semakin meningkat.

Oleh hal yang demikian, kena belajar betul-betul dan bersungguh-sungguh. Study awal atau buat persiapan awal. Bukan last minute. Banyak kena belajar lagi ni.

Buat masa sekarang ni saya sedang berusaha dan mencuba untuk peperiksaan ini walaupun tak semua tajuk yang saya sempat belajar. Tapi saya nak mencuba juga. Seterusnya saya berdoa dan bertawakkal kepada Allah tentang bagaimana keputusan peperisaan saya nanti.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi.

Jumaat, 16 November 2012

Hari Jumaat Hari Ini

Asslamualaikum. Apa Khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya.

Semalam kita telah masuk satu Muharram 1434H. Jadi, saya rasa mungkin isi kandungan khutbah yang  disampaikan oleh khatib-khatib di kebanyakan tempat adalah tentang hijrah ataupun  peristriwa hijrah.

Walaupun saya masih tidak memahami keseluruhan isi kandungan khutbah pada jumaat tadi kerana masih lagi kurang fasih dengan bahasa arab tapi saya dapat tangkap serba sedikit khutbah yang disampaikan.

Antaranya seperti peristiwa ketika Saidina Umar Al-Khattab menjadi Amirul Mukminin yang mencadangkan Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Kalender Islam dipangggil kalender hijrah. Kalender yang dihitung berdasarkan peredaran bulan. Dalam perbincangan bersama para sahabat ada yang mencadangkan agar bulan pertama tahun hijrah ialah bulan ramadhan. Ada yang kata bulan Rabi'ul Awwal,  Rejab, Sya'ban, Zulhijjah dan sebagainya. Namun, akhirnya memilih bulan Muharram adalah bulan pertama dalam tahun hijrah.

Begitulah serba sedikit cerita tentang kalender Islam. Pandangan yang diberikan oleh para sahabat sebenarnya ada hujah dan sebab masing-masing. Namun, mereka sentiasa bersepakat dalam membuat keputusan dan pelaksanaan.

Selain itu, apabila tiba awal hijrah maka kita pasti mendengar tentang kisah hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Cerita yang berkait bila berlaku hijrah? Dengan siapa Nabi berhijrah? Bagaimana keadaan peghijrahan Nabi? Apakah perancangan kaum musyrikin Mekah? Dan sebagainya.

Sesungguhnya, dalam peristiwa hijrah banyak pengajaran dan iktibvar yang boleh diambil. Bukan sekadar mendengar cerita sahaja. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak sampai ke hati dan fikiran. Tapi, kita seharusnya merasakan terkesan dan tersentuh di sanubari bahawa peristiwa hijrah ini adalah peristiwa besar dalam Islam dan memberi kesan yang besar bagi kehidupan seluruh manusia khususnya dan alam ini amnya.

Daripada penghijrahan tersebut Rasululllah s.a.w dapat mendirikan sebuah negara Islam yang pertama di dunia dan turut dapat melaksanakan undang-undang syariat Islam. Juga pada masa itu telah termaktub piagam Madinah. Piagam yang juga pertama kali digunakan didunia dalam memerintah sebuah negara.

Daripada penghijrahan juga Islam tersebar meluas ke seluruh pelusok dunia ini. Alhamdulillah, kini kita beragama Islam. Kita kenal Tuhan kita adalah Allah s.w.t.. Kita kenal Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Kita tahu dari mana kita datang. Yang paling penting kita tahu kita hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Selepas itu, kita akan berpindah ke akhirat. Tempat yang kekal abadi.

Akhir kalam, marilah kita mencari keredhaan Allah s.w.t., sentiasa berusaha untuk mendapatkan kebaikan bagi kehidupan, agama dan akhirat kita. Wallahu'alam.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi. 

Khamis, 15 November 2012

Jadi Yang Lebih Baik

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Saya harap semua sihat wal-afiat hendaknya. 

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Kini, masuk tahun Islam telah masuk ke tahun 1434.

Sedar atau tidak, umur semakin bertambah dan usia ke alam barzakh dan hari akhirat semakin dekat. Yang pasti azam bagi tahun baru hijrah sudah tentu tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Marilah kita rasakan bahawa kita mesti mahu kehidupan di dunia yang baik dan juga kehidupan akhirat yang baik. Kita mesti mahukan kehidupan, agama dan akhirat kita adalah dalam kebaikan.

Sekiranya kita berfikrah haraki pasti kita mahukan perjuangan Islam ini diteruskan, digiatkan, dilipatgandakan dan diperkukuhkan. Kita mahukan Islam didaulatkan dan syariatnya tertegak di atas muka bumi ini.

Kita mahukan hari-hari yang berlalu adalah hari yang terbaik. Hari-hari yang dilalui adalah dengan mengamalkan cara hidup Islam. Kita mahu perkara-perkara mungkar itu dicegah setiap hari. Ini kerana kita hanya sukakan kebaikan dan bencikan kemungkaran.

Inilah niat baik yang diperbaharui. Inilah azam baik yang diperbaharui. Ini juga berkait dengan jihad kita dalam perjuangan Islam. Ini kerana jihad itu berkait dengan bersunguh-sungguh. Kita mesti ada kesungguhan. Kita mesti bersungguh-sungguh dalam berjuang untuk Islam.

Sekiranya memang benar kita katakan kita mahu berhijrah atau melakukan perubahan ke arah yang lebih baik maka kita pasti akan menyatakan perancangan hidup kita adalah berjuang, berkorban dan terkorban untuk Islam.

Inilah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sanggup meninggalkan harta benda dan kemewahan yang ada di Mekah. Ada juga yang sanggup menggadaikan jiwa dan nyawa. Secara keseluruhannya mereka berkorban harta, nyawa, masa, tenaga dan fikiran untuk Islam. Semuanya adalah demi menegakkan Islam di atas muka bumi.

Jadi, kita bagaimana? tepuk dada tanya iman. Fikir-fikirkanlah. Sewajarnya kita juga hendaklah mempunyai semangat, perancangan, strategi, kebijaksanaan, kekuatan tenaga dan material, serta keistiqamahan seperti mereka.

Oleh hal yang demikian, kita mesti menegaskan bahawa kita mesti berjuang, berkorban dan terkorban untuk Islam. Wallahu'alam.

Sekian sahaja kalam saya pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi. 

Rabu, 14 November 2012

Dalam Membuat Pilihan

Jika ingin berjaya dalam hidup ini kita mesti berusaha dan berikhtiar. Usaha mesti dilakukan. Siapa yang lakukan? Orang yang nak berjaya mesti berusaha. Terpulang kepada individu itu sama ada ingin berusaha atau tidak. Itu semua atas dirinya. Dia yang pilih. Kalau rajin maka buat. Kalau malas maka tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan.

Manakala ikhtiar itu pula ialah pilihan. Semasa berusaha kita akan berdepan dengan membuat pilihan. Sukar membuat pilihan akan menjadi masalah. Masalah itu dinamakan masalah membuat pilihan. Memang benar, kadang-kadang kita sukar hendak membuat pilihan.

Kadang-kadang kita fikir kalau pilih antara salah satu perkara yang mesti dipilih itu akan mendatangkan keburukan. Contohnya, terfikir-terfikir sama ada nak pilih A atau B. Dalam minda rasa takut kalau pilih A nanti gagal. Kalau B pun akan gagal juga. Tidak tahu yang manakah pilihan yang mempunyai banyak kebaikan dan kurang keburukan. Jadi serba salah. Pening dibuatnya. Rasa tension pun datang.

Berkali-kali mengingatkan diri supaya tenang. Tenang, tenang, dan terus tenang. Hati tenang. Fikiran jernih. Mudahan-mudahan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Sesungguhnya diri ini sangat lemah untuk mengetahui perkara yang akan berlaku. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Allah sahaja yang mengetahui perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku. Sebab itu kita mesti sentiasa meminta pertolongan dan bergantung harap pada-Nya sahaja. Tidak kira semasa senang atau susah. Jangan pula masa senang lupa Allah tapi bila masa susah baru nak ingat Allah.

Sedarlah diri ini lemah dan serba kekurangan. Kepada Allah jualah yang akan melapangkan dada dan fikiran, dan permudahkan segala urusan. Allah adalah sebaik-baik pembantu dan pemberi pertolongan. Allah jugalah yang akan memberi kejayaan kepada orang-orang yang berusaha, beriktiar dan berdoa serta bertawakkal kepada Allah.

Semoga kata-kata ini menjadi pengingat kepada diri yang lemah dan serba kekurangan ini. Juga menjadi semangat kepada untuk meneruskan kehidupan ini ke arah yang lebih baik dan dalam keredhaan-Nya.

Selalukanlah dalam hati berdoa kepada Allah. Contohnya sepeti ini, “Ya Allah! Tolonglah aku, bantulah aku, dan kasihanilah aku. Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, permudahkanlah segala urusanku, luaskan dan tambahkanlah ilmu kepada ku”.

Amin. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Ke Blog Saya. Lain Kali Singgahlah Lagi!