Halaman

Sabtu, 5 September 2015

Semua Benda Kena Bayar

Hidup pada zaman sekarang tiada yang percuma. Semua benda kena bayar. Bayar pula dengan harga yang mahal dan tinggi. Mahu tidak mahu, kena bayar juga kerana benda yang dibayar itu adalah barang keperluan. Inilah masalah yang kita hadapi apabila harga barang keperluan melebihi duit pendapatan.

Memang semua benda kena bayar. Tiada yang percuma. Naik highway kena tol. Naik kereta atau motorsikal kena beli minyak petrol. Harga minyak petrol selalu naik berbanding harga turun. Kalau turun pun alah sedikit sangat. Turun hanya RM 0.10 sahaja. Kalau naik, berganda-ganda. Kedekut sangat.

Kenapa tak turun RM 1.00 ke? RM 2.00 ke? RM 5.00 ke? Turun banyak-banyakkan bagus. Apa salahnya? Lebih menjimatkan duit kita semua. Kesian-kesian. Memang kesian. Siapalah gerangan yang sudi berasa kesian kepada kita?

Entahlah, tak tahu nak jawab macam mana?

Seolah-olah kehidupan hari ini adalah nafsi-nafsi. Ini baru di dunia, sudah nafsi-nafsi. Belum lagi di akhirat, lagi-lagilah nafsi-nafsinya. Kau hal kau. Aku hal aku. Sukakah kita hidup dalam keadaan masing-masing pentingkan dirinya sendiri?

Aduh, kehidupan hari ini memang mencabar! Sabar sahajalah.

Teringat kisah dua orang yang bernama umar, iaitu Saidina Umar al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz. Mereka adalah ketua pemerintah negara yang mempunyai sikap keprihatinan dan kepedulian yang tinggi kepada seluruh rakyat mereka.

Mereka sentiasa mendahulu dan mengutamakan kepentingan rakyat daripada diri mereka sendiri. Inilah pemimpin yang sepatutnya dicontohi dan diteladani. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya hari ini ada pemerintah yang baik, bagus, berhati mulia, bertanggunggjawab, adil dan kasih kepada rakyat seperti mereka berdua.

Barangkali kalau hari ini ada pemerintah seperti mereka berdua tak semua benda kena bayar. Benda yang penting-penting dan wajib dibayar sahaja yang kena bayar. Kan best macam ni. Tak nak ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan