Marilah kita memahami, menghayati dan seterusnya beramal dengan hadis ini.
عَنْ
عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ جَدِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خَصْلَتَانِ مَنْ كَانَتَا فِيهِ كَتَبَهُ
اللَّهُ شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لَمْ تَكُونَا فِيهِ لَمْ يَكْتُبْهُ اللَّهُ
شَاكِرًا وَلَا صَابِرًا مَنْ نَظَرَ فِي دِينِهِ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَهُ
فَاقْتَدَى بِهِ وَمَنْ نَظَرَ فِي دُنْيَاهُ إِلَى مَنْ هُوَ دُونَهُ فَحَمِدَ
اللَّهَ عَلَى مَا فَضَّلَهُ بِهِ عَلَيْهِ كَتَبَهُ اللَّهُ شَاكِرًا صَابِرًا
وَمَنْ نَظَرَ فِي دِينِهِ إِلَى مَنْ هُوَ دُونَهُ وَنَظَرَ فِي دُنْيَاهُ إِلَى
مَنْ هُوَ فَوْقَهُ فَأَسِفَ عَلَى مَا فَاتَهُ مِنْهُ لَمْ يَكْتُبْهُ اللَّهُ
شَاكِرًا وَلَا صَابِرًا
Daripada
‘Amar bin Shu’ayb daripada datuknya ‘Abdullah bin ‘Amar katanya, saya
mendengar Rasulullah s.a.w.: “Dua perkara sesiapa yang memilikinya Allah
s.w.t. menulisnya sebagai orang yang bersyukur dan orang yang bersabar.
Sesiapa yang tidak memilikinya Allah tidak akan menulisnya sebagai
orang yang bersyukur dan orang yang bersabar. Orang yang melihat dalam
urusan agamanya kepada orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia
mengikutinya dan sesiapa yang melihat dalam urusan dunianya kepada orang yang lebih rendah
daripadanya lalu dia memuji Allah kerana limpahan Allah s.w.t. untuknya
maka Allah menulisnya sebagai orang yang bersyukur lagi sabar.
(Sebaliknya) sesiapa yang melihat dalam urusan agamanya kepada orang
yang lebih rendah daripadanya dan melihat dalam urusan dunianya kepada
orang yang lebih tinggi daripadanya lalu dia berdukacita kerana tidak
memperolehinya maka Allah s.w.t. tidak akan menulisnya sebagai orang
yang bersyukur dan bersabar. (al-Tirmizi, no: 2512)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan