Ini suatu pemerhatian sahaja. Tidak pasti betul atau tidak. Sekiranya salah boleh diperbertulkan.
Mula-mula, jatuhkan orang-orang kuat presiden. Tujuannya supaya tiada
orang yang boleh backup presiden sekiranya berdepan dengan masalah, maka
mudahlah hendak menghentamnya. Ini juga cara untuk menjatuhkan presiden selepas
itu.
Setelah presiden tidak di kelilingi oleh orang-orang kuatnya (sangkaan
orang yang kerjanya menjatuhkan orang) pasti presiden pun akan jatuh sama. Presiden
mudah dihentam, dilawan, dikalah dan diperkotak-katikkan.
Sebenarnya presiden ini bukan calang-calang orangnya. Beliau seorang
yang dekat dengan Allah s.w.t. Walaupun zahirnya nampak bersendirian namun
Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.
Pada mulanya, ahli-ahli bawahan merasakan bahawa orang-orang kuat presiden
adalah dalang bagi kerja-kerja mengkhianati presiden dan jemaah. Inilah salah faham yang berlaku pada masa itu. Sebenarnya itu adalah
fitnah. Mereka tidak tahu gerangan sebenarnya yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah.
Sebaliknya, orang-orang kuat presiden adalah orang yang membantu
presiden dan jemaah serta bersama-sama memperjuangkan Islam.
Pada masa itu, ahli-ahli bawahan tidak kenal watak sebenar kumpulan
yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan jemaah. Perkara ini disedari
setelah mereka dinaikkan menjadi pimpinan.
Sepanjang tempoh tersebut, presiden bersabar sahaja dengan karenah
mereka. Manakan tidak, mereka asyik bercanggah pendapat dan tindakan dengan presiden. Ada yang
membelakangkan presiden. Ada juga yang bersikap lebih menyayangi presiden orang
lain daripada presiden sendiri.
Takdir Allah s.w.t sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke
tanah juga.
Akhirnya, ahli-ahli sedar tentang perkara ini dan bersatu memilih
orang-orang yang sewajarnya menjadi pimpinan bagi Jemaah mereka. Setelah itu, kumpulan
yang hendak menjatuhkan presiden dan merosakkan Jemaah pun jatuh beramai-ramai.
Mereka tidak Berjaya. Mereka sedih dan berasa hati terhadap perkara
yang berlaku ke atas mereka.
Akibat rasa terkilan, mereka keluar daripada jemaah dan menubuhkan jemaah
baru. Katanya jemaah itu lebih memperjuangkan Islam dan mempedulikan rakyat serta berkebajikan. Entah ya entah tidak. Sama-samalah
kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.
Hari ini, kita sudah diperlihatkan yang benar itu benar dan yang salah
itu salah. Untuk berada di jalan yang benar kita mesti beristiqamah. Dalam istiqamah
pula mesti ada keikhlasan. Oleh itu, marilah beristiqamah hingga kemenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan