Diterbitkan:
10 September 2015
Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM
SEPANG: Takliq menjadi sah
apabila perbuatan yang disandarkan ke atasnya dilanggari dan ia tidak boleh
ditebus dengan membayar kafarah, demikian tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato’ Dr Haron Din.
Jelas
beliau, baiah dan takliq adalah dua perkara yang sepatutnya dibezakan di mana
takliq bukannya baiah dan ia berdiri sendiri sebagai ‘ta’liquttalaq’.
Terangnya,
baiah adalah suatu perkara yang diterima umum, tetapi ‘ta’liquttalaq’ adalah
satu tajuk khusus dalam bab nikah.
Beliau
menjelaskan demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks
Pusat Dakwah Serantau di Kampung Labuhan Dagang, di sini 9 September.
“Adapun yang
dipanggilkan dengan takliq itu dia hanya thabit dengan melafazkan talak (yang)
dikaitkan atau digantungkan dengan sebarang gantungan. Yang diamalkan di
Malaysia secara umum, takliqnya berhubung dengan pemberian nafkah, tinggal
isteri begitu lama lebih daripada enam bulan atau menyakiti isteri.
“Itu takliq
yang diamalkan seluruh Malaysia. Itu telah menjadi amalan yang begitu lama
diterima pakai dan tidak ada masalah sebab ia adalah takliq. Takliq di Malaysia
bukan sahaja yang dikenakan oleh pemerintah, seperti yang ada dalam surat nikah
yang diberikan dengan takliq. Tapi suami boleh bertakliq dengan apa sahaja perkara.
“Misalnya
dia tak bagi isterinya pergi ke rumah jiran, dia bertakliq, “Sekiranya kamu
pergi ke rumah (jiran), maka tertolaklah kamu dengan satu talak”. Jika thabit
isteri telah pergi, maka memang talak itu jatuh,” terang beliau.
Jelas Tuan
Guru, demikian dalam masalah yang dikaitkan dengan baiah di mana di dalamnya
itu terdapat lafaz takliq.
Maka
katanya, takliq itu berdiri atas kakinya sendiri, iaitu sekiranya seseorang itu
mengkhianati perjuangan, meninggalkan perjuangan, masuk ataupun pergi ke parti
lain, maka tertolaklah isterinya dengan tiga talak.
Takliq itu
tegasnya, sah kalau berlaku perbuatan yang dilanggarinya, maka jatuhlah talak
isterinya dengan tiga talak.
“Itu tiada
paksaan semasa hendak menyebutnya dahulu. Maka tidak ada paksaan, maka sahlah
ia. Kalau paksaan pun, bukan sebarang paksaan yang dinamakan paksa. Paksaan
bermakna “Ketakutan yang amat sangat terhadap agamanya atau nyawanya atau
hartanya atau kehormatannya”.
“Darurat
syarat hanya menerima ketakutan yang amat sangat, takut yang sesungguh-sungguh
takut, yang boleh menghilangkan nyawanya atau merosakkan agamanya, atau harta
bendanya, atau kehormatannya, maka boleh dia melakukan perkara yang dilarang.
“Dalam kes
bai’ah ini tidak ada paksaan, dalam kes mentalakkan isteri pun tidak ada
paksaan. Semua menyebut dengan penuh rela yang tak pernah mereka ragui selama
ini, tiba-tiba selepas mereka melanggarnya dengan meninggalkan perjuangan, baru
timbul kata boleh selesaikan dengan membayar kafarah,” ujarnya.
Tegas
beliau, tidak ada kafarah dan tidak ada sebarang peruntukan dalam syarak bahawa
orang yang melanggar janji boleh membayar kafarah.
Iaitulah
jelas Tuan Guru, orang yang telah mentalakkan isterinya tebus dengan kafarah
tidak pernah ada dalam hukum syarak, sedang kafarah dibayar dengan puasa selama
sepuluh hari itu adalah kafarah yamin.
“Kafarah
sumpah merdeka seorang hamba atau beri makan kepada sepuluh orang fakir miskin
atau bagi pakaian kepada orang miskin atau puasa tiga hari. Tapi mereka
berpuasa sepuluh hari itu puasa apa? Ok, apapun takliq talak tidak boleh
ditebuskan dengan namanya kafarah.
“Kalaulah
boleh takliq talak itu dibayar dengan kafarah, iaitu puasa tiga hari, maka saya
yakin seluruh rakyat Malaysia yang telah mentalakkan isteri dia dalam takliq
talak lepas perkahwinan semua nak bayar kafarah kerana tak mahu isteri berada
dalam keadaan tergantung-gantung talak.
“Tak boleh
buatlah, moga orang tidak buat, maka yang ini pun tidak buat. Kalau kita faham
demikian, maka masing-masing tanya dirinya akhirnya kita akan kembali kepada
Allah SWT. Maka Allah Taala akan tentukan apa yang telah berlaku itu sama ada
betul ke tidak apa yang mereka lakukan ataupun mereka menanggung dosa yang
besar,” tegurnya.
Sumber: pas.org.my
Antara isu panas masa ini.
BalasPadam