Dalam kehidupan ini ada cerita suka dan cerita duka. Cerita-cerita ini silih berganti. Juga menjadi pengalaman hidup yang sangat berharga dan
yang mematangkan diri. Begitulah qadha’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah
kepada setiap makhluk-Nya.
Marilah kita melihat alam ini sebagai iktibar dan pengajaran. Contohnya, di
tempat yang sering mengalami cuaca panas dan sejuk. Manusia
perlukan cuaca panas tetapi kadang-kadang merungut kerana terlalu panas. Manusia
juga perlukan hujan tetapi kadang-kadang merungut kerana hujan yang
turun tiap-tiap hari menyukarkan aktiviti seharian.
Cuba bayangkan matahari yang memanaskan bumi sehingga hendak keluar rumah
pun
terasa sukar tetapi apabila awan datang menghalang cahayanya terus sampai ke bumi maka reduplah tempat itu. Rasa
legalah di hati. Bolehlah berjalan dengan senang. Kalau tidak terpaksalah berjalan di
tempat-tempat yang redup. Kadang-kadang terpaksa juga menempuh di kawasan yang
panas. Maka terpaksalah bertahan untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Oleh hal yang demikian, setiap sesuatu yang
berlaku ada tempoh dan waktunya. Seterusnya, bagaimana pula kita menempuhnya. Sama ada bersyukur atau lalai ketika suka. Sama ada bersabar atau berputus asa ketika duka.
Begitu juga dengan kisah Nabi Ismail
ketika hendak dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim atas perintah Allah. Nabi Ismail
dan Nabi Ibrahim taat kepada perintah Allah
serta melaksanakannya dengan ikhlas kerana-Nya. Nabi Ismail yang
juga merupakan anak yang
taat kepada ayahnya tidak membantah ayahnya melaksanakan perintah Allah itu.
Tetapi tatkala Nabi Ibrahim cuba menyembelih Nabi Ismail, Allah
telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
Beginilah keadaannya apabila seseorang itu taat dan ikhlas dalam melaksanakan perintah
Allah.
Semoga dalam suka ada kebaikan dan dalam duka pun ada kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan